Ahad, 25 November 2012

Pertama kali sampai di IKEA Kuala Lumpur!

Hai, ini cerita minggu lepas. Pada hari Khamis yang lalu, sebelum ED pergi ke Kedah, ED telah singgah bermalam di Kuala Lumpur. Setibanya di Kuala Lumpur, tempat pertama yang ED dan kawan2 ED kunjungi adalah IKEA. Pertama kali ED sampai di IKEA. Ini dia gambar-gambar berserta cerita ED di IKEA Kuala Lumpur..

 Pintu masuk IKEA. Kebetulan ED sampai pada waktu cuti umum (Awal Muharam) susahnya nak cari parking kereta.

IKEA ada 2 tingkat. Yang ni di tingkat atas. Perabot2 banyak di letak di tingkat atas.

Paling ED suka tengok dekorasi dapurnya..

Bergambar jap.. Hehe..

Yang ni di tingkat bawah. Kebanyakan barang yang dijual ialah benda2 kecil macam ni..

Lukisan dinding pun ada dijual.. Lukisan harga lain, bingkai harga lain..

Di tingkat bawah juga terletaknya gudang IKEA, semua perabot diletakkan di sini.

Besarnya gudang IKEA..

Beratur panjang di kaunter bayaran. Sediakan kesabaran yang maksimum jika mahu membeli barang di sini.

Satu perkara yang ED baru tahu di IKEA ni, perabot2 yang dijual di IKEA ni semuanya belum siap pasang lagi. Kita kena pasang sendiri di rumah. Kalau nak suruh pekerja IKEA pasangkan boleh, tapi hanya orang yang tinggal berdekatan sahaja. Okelah, akan datang ED nak update pasal medan selera IKEA yang ramai orang. Nantikan ye.. Udada Ubabye!!




ED: Bestnya kalau di JB ada IKEA...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi