Sabtu, 10 November 2012

Sedapnya chicken chop Hutan Bandar!

Hai, bila waktu hujan begini, perut mesti lapar kan? Bercakap pasal lapar, ED nak berkongsi dengan anda tentang antara makanan yang popular di area JB. Makanan tersebut adalah chicken chop Hutan Bandar. Ramai orang suka makan chicken chop di Hutan Bandar JB. Cawangan kedua kedainya di Air Molek, JB. Ini kerana harganya yang murah dan berbaloi-baloi. Tak percaya, lihat gambar2 di bawah ini..

 Chicken Chop Hutan Bandar! Harganya RM5 sahaja. Yang ni, ED beli bungkus sahaja makan di rumah.

 Cara ED makan, mula-mula kita makan kentang goreng dahulu..

Selepas habis makan kentang, tuangkan sos lada hitamnya..

 Selepas itu, makan salad mayonis bersama sos lada hitam..

 Kemudian, baru makan ketulan isi ayam bersama sos lada hitam yang pekat dan menyelerakan..

 Puas hati makan chicken chop Hutan Bandar. Dah la murah, mengenyangkan lagi. Lihat tu, sos lada hitamnya banyak. Masih ada baki sos lada hitam walaupun ketulan isi ayamnya dah habis.

Maaf, jika catatan ini membuatkan anda bertambah lapar. Hehehe... Kadang-kadang beli makanan bungkus ni lebih untung berbanding makan di kedai. Makan pun tak payah cover-cover. Hahaha.. Okelah, sekian sahaja catatan ED di hari hujan ni. Udada Ubabye!!




ED: Anda suka tak entri pasal makanan di blog EDtv?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi