Hai, pagi2 tadi ED telah pergi ke Hospital Sultan Ismail untuk menghantar abah membuat pemeriksaan mata. Ini kali pertama ED berurusan di hospital tersebut. Macam biasa, banyak proses menunggu jika mahu mendapat rawatan di hospital kerajaan.
Hospital Sultan Ismail. Sebelum mendapatkan rawatan di sini, kena daftar dan buat pemeriksaan awal di kliniknya dahulu.
Klinik Sultan Ismail bersebelahan dengan hospital. Selepas daftar, buat pemeriksaan awal, kena buat appointment pula ke hospital tadi.
Sekembalinya ke hospital, ED banyak bertanya juga jururawat2 yang ada di sana tentang tempat pemeriksaan mata. Maklumlah dalam hospital tu besar. Bila dah jumpa tempatnya, abah ED cuma dapat tarikh appointment sahaja. Appointment seterusnya pada hujung bulan Januari depan. Kesimpulannya, kita mesti banyak bersabar jika mahu mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Udada Ubabye!!
Sembang pagi di blog..
ED: situasi di hospital kerajaan memang ramai pesakit, tu yang kena tunggu lama..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan