Hai, tengah hari tadi ED ke Plaza Angsana. Tak sangka pulak, ada Pameran Promosi Kraf Malaysia 2012 di sana. Apa lagi, ED pun tak nak melepaskan peluang melihat apa yang ada dalam pameran tersebut. Bila dah masuk, memang meriah suasananya. Ada persembahan kebudayaan, jualan, demonstrasi dan yang paling penting, kita dapat melihat dan mengetahui keunikan kraftangan di Malaysia. Lihatlah gambar2 yang sempat ED tangkap di sana..
Promosi Kraf Malaysia 2012
ED sempat tengok persembahan tarian masri oleh kanak-kanak
Antara barang jualan, baju2 tradisional wanita
Perhiasan diri wanita klasik
Kraftangan seperti tembikar dan pasu
Perhiasan rumah
Anyaman seperti bakul dan tudung saji
Labu sayong
Kraftangan bunga-bungaan
Jualan alat muzik tradisional..
Pameran dan jualan gazibu berbentuk ukiran tradisional pun ada.. Psstt.. mahal..
Berikut adalah antara demonstrasi yang ada, demonstrasi membuat kuda kepang..
Demonstrasi membuat wayang kulit
Demonstrasi membuat gambus..
Demonstrasi membuat angklung..
Angklung. ED suka dengar bunyinya..
Demonstrasi membuat ukiran batu..
Balik tadi, ED kehujanan sebab jarak tempat letak kereta dengan Plaza Angsana agak jauh.. Tak sabar menunggu, jadi ED redah sahaja..
Best tak? Kalau anda nak pergi, pameran tersebut diadakan sehingga 25 Disember nanti. Akhir kata, cintai kraftangan kita. Udada Ubabye!!
Segmen Destinasi di blog EDtv!
ED: Tak beli tak apa, untuk ilmu pengetahuan sahaja..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan