Jumaat, 7 Disember 2012

Jom kenali Farid Sanullah, penyanyi lagu Don't Forget Allah

 Farid Sanullah

Assalammualaikum. Anda kenal Farid Sanullah? ED baru kenal dia pagi tadi dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O TV9. Farid Sanullah seorang penyanyi dakwah dari Australia. Muziknya seakan-akan muzik Maher Zain tetapi suaranya mempunyai keunikan tersendiri. Best single pertamanya.. Jom dengarkan bersama di bawah ini..

Ada seniwati Fauziah Nawi dalam video klip dia..

Nak kenali dia dengan lebih dekat? Farid Sanullah baru berusia 20 tahun, dilahirkan di Malaysia dan berpindah ke Australia sejak umurnya 3 bulan. Patutlah mukanya ada iras2 muka orang Melayu. Dia mempunyai pendidikan dalam bidang programming. Kenapa dia memilih untuk menjadi penyanyi muzik Islam? Katanya, "I believe Allah has given me the gift of voice,Insha Allah i wish to pursue my career by conveying the message of Islam".


InsyaAllah, mesti namanya akan popular seperti Maher Zain di Malaysia. Lagu Dont Forget Allah memang best didengari. Selamat maju jaya untuk Farid Sanullah. Sumber maklumat ini ED perolehi daripada facebooknya, Farid Sanullah. Follow juga twitternya di @Farid_Sanullah. Udada Ubabye!!

Segmen Jom Kenal di blog..




ED: pertama kali dengar lagunya, ED dah suka.. 

7 ulasan:

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi