Hai, semalam ED telah pergi melawat tapak pembinaan rumah ED. Alhamdulillah, semakin ada perkembangan.. Nak tahu? Lihat gambar2 di bawah ini..
Rasanya rumah ED dah siap dibina. Sudah berpagar dan sudah siap dicat.
Lampu jalan juga telah siap dipasang di hadapan rumah..
Kelihatan para pekerja TNB sedang sibuk menyiapkan pemasangan lampu jalan..
ED rasa tinggal jalan sahaja yang belum bertar. Rasanya sudah 80% siap. InsyaAllah, Januari depan siap sepenuhnya kot.. Kena rancang benda2 dalam rumah pulak. Banyak duit nak guna tu.. Okelah, Udada Ubabye!!
Segmen Mi Casa (Rumahku)
ED: Suka ada, risau pun ada.. hehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan