Rabu, 12 Disember 2012

Zlurpp!!: Nasi ambang murah

Hai, ini sarapan ED pada pagi ini. Nasi ambang beli di Medan Sarapan Kampung Melayu. Harganya bagi ED paling murah setakat ini. Hanya RM2.50 sebungkus. Lihatlah..

 Walaupun murah, saiznya sama seperti nasi ambang yang rata-rata dijual RM3.50 sebungkus..

Isi di dalamnya ada mi, sambal goreng, ayam masak merah, serunding dan ikan kering. Nasinya juga banyak. Jimat betul beli di sini.. Rasanya pun zlurpp!!

Menarik bukan? Kalau anda nak beli nasi ambang ni, dari Esso Kampung Melayu, anda jalan sedikit lepas tu jumpa simpang tiga, belok kiri. Jalan sedikit sahaja, lepas tu anda jumpa medan sarapan pagi di sebelah kanan anda. Gerai yang mula2 anda nampak adalah gerai roti canai. Di hadapan gerai roti canai itulah gerai nasi ambang ini.. Selamat bersarapan semua! Udada Ubabye!!



ED: suka nasi ambang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi