Hai, apa cerita ED di kelas Moral erk? Ha, ini dia cerita pagi tadi. Semasa ED bercerita dalam kelas Moral tahun 5, tiba-tiba ada seorang murid lelaki macam menangis. Dua kali dia mengesat kedua-dua matanya seakan-akan orang yang mahu menahan air mata. Kalau betul dia menangis, pengalaman pertama ED mengajar sehingga ada murid yang menitiskan air mata.
Inilah cerita ED pagi tadi dalam kelas Moral.
ED: Pengorbanan. Apa maksud korban?
Murid: Potong kepala lembu.
ED: Salah. Itu sembelih.
Murid: Potong leher.
ED: Itu pun sembelih. Maksud korban ialah sanggup memberikan apa sahaja yang kita ada untuk kebaikan orang lain atau bersama.
Murid: Macam mana cikgu?
ED: Contoh paling senang, ibu kita. Ibu sanggup sakit untuk melahirkan dan membesarkan kita. Awak tahu tak? Ibu yang hendak bersalin nyawanya 50/50. Jika ibu awak tidak kuat, ibu awak boleh meninggal dunia. Bayangkan betapa sakitnya ibu awak hendak bersalin...
ED rasa mungkin cerita tu yang menyentuh hati murid lelaki tersebut. Bila ED tanya, dia menafikan bahawa dia menangis. Agak2 anda dia menangis tak? Hanya Tuhan dan dia sahaja yang tahu. ED akhiri dengan lagu ibu yang best dari Seberang. Udada Ubabye!!
ED dah tengok filem ni. Best!
Segmen ED & Sekolah.
ED: Sengaja ED cerita macam tu untuk murid di kelas belakang.. Hehe..
keras aty mcm mna pon bila sentuh cerita pasal pengorbanan ibu bapa especially time ceramah yg suka suruh tutup mata tu hihi mesti nangis jugak :)
BalasPadam