Assalammualaikum. Segmen hari ini adalah ED & Braces. Tak sangka ramai yang beri respons terhadap entri pertama ED tentang segmen ini pada tahun lepas. Semalam ED telah pergi ke klinik gigi untuk temujanji bersama doktor gigi untuk kali pertama. Nak tahu tentang temujanji ED bersama doktor gigi semalam? Baca kisahnya berikut ini..
ED menunggu giliran di klinik gigi. Hehe.. terpoyo sekejap..
Semalam doktor dah cek gigi ED. Katanya ED boleh pakai braces tetapi kena cabut gigi berdasarkan X-Ray. Selalunya 2 hingga 4 batang gigi kena cabut. Bila dah pakai braces, ED kena datang untuk rawatan gigi sebulan sekali. Selepas itu, doktor gigi suruh ED fikir sama ada mahu meneruskan membuat braces atau batalkan. Huhu.. Keputusan yang susah ED nak buat sebab ED sayangkan setiap batang gigi ED. Setelah berfikir secara positif, ED setuju juga.
Setelah setuju, doktor terus membuat acuan gigi ED. Maaf ED kaburkan gambar acuan gigi ED sebab malu. Hehe.. Gambar ni ED minta izin doktor untuk tangkap. Hahaha..
Selesai buat acuan gigi, langkah seterusnya untuk X-Ray muka pulak. ED kena pergi klinik lain untuk buat X-Ray. Nanti bila lapang, baru ED buat X-Ray. Temujanji dengan doktor gigi yang baik hati seterusnya pada bulan depan untuk cabut gigi. Sebenarnya seram tapi kena fikir positif. ED akhiri dengan 2 kisah menarik di klinik semalam. Udada Ubabye!!
Kisah 1: perbualan ED bersama pak cik di dalam klinik tersebut semasa menunggu giliran.
Pak cik: Adik ni belajar lagi ke?
ED: Tak la, saya dah kerja.
Pak cik: Kerja mana?
ED: Saya cikgu.
Pak cik: Oh, ingatkan budak sekolah lagi.
ED: Hehe.. (tak sangka ada orang ingat aku budak sekolah)
Kisah 2: perbualan ED bersama staff klinik yang menjaga kaunter.
ED: nanti bila pakai braces, betul ke sakit sampai 3 bulan?
Staff: takde la, 3 hari je..
ED: Kalau dah pakai braces, kenapa besinya boleh tercabut?
Staff: Oh, sebab makan makanan keras.
ED: Kalau saya menjerit semasa kat sekolah, boleh tercabut tak besinya?
Staff: Hahahahaha (sambil tutup mulut.. berdekah-dekah dia ketawa..)
ED: hehe.. (tak sangka ayat tadi lawak untuk staff tu?)
Segmen ED & Braces...
ED: Doakan ED semoga semuanya berjalan lancar!
assalamualaikum ed...semoga semuanya berjalan dgn lancar yer...:)
BalasPadamwaalaikummussalam mama mas zull.. terima kasih.. amin..
Padammr.ed klinik mn kmu pegi? sy pn mahu mencuba.. area kk ka?
BalasPadamklinik irma ariandi johor bahru..
PadamEn.ed brape price for harga braces en buat...sbb my frend ckp 3500 all cases...sama ke price en?
BalasPadamYa sama..
PadamDoc ade cakap tak tempoh pkai braces tu bape lame?
PadamBiasa 2 tahun, paling cepat 1 tahun setengah
PadamAssalam ED, nak tanye mase first appointment tu kne bayar berapa eh? sbb sy punye appointment esok kt tmpt nih..:)
BalasPadamooo..kata putus untuk setuju atau tak pun bg pada hari yg sama jugk ye?ke die bg balk umah pkir dulu?sbb td die call bgtau pun da last minute..sbb replace seksyen org laen yg withdraw tetibe..terkejut gak, walhal aritu mase call die kate long que and 2016 baru bole wat appointment
BalasPadamhai nak tanya, nak pergi buat braces kt klinik irma ni perlu call dulu ke? atau bole straight pergi situ? :D
BalasPadampergi sana dan buat temujanji pertama dulu,
PadamSalam nak Tanya, masa first appointment tu terus Buat braces ke or doktor check gigi dulu? And lagi satu kat sana harga rm3500 tu include dengan Buat xray and cabut juga ya?
BalasPadam1st appointment cek gigi dulu utk pastikan boleh pakai braces atau x.. Ya, rm3500 termasuk semua.
Padamsalam. klinik irma stiap ary apa bukk n sampai kul brape? blh sy tau depo brape!
BalasPadamWslm. Ahad hingga khamis 10pg - 6ptg.Deposit rm200 tapi selepas tu kalau confirm pasang besi, kena xray rm100 & pasang besi bayar rm1500. Jadi, stand by rm1800 dulu.
Padam