Ahad, 6 Januari 2013

Sinopsis episod akhir drama Terlanjur Cinta TV9

Hai, esok adalah episod terakhir drama Terlanjur Cinta dalam Slot Ratu TV9. Anda dah tahu belum sinopsisnya? Kalau belum, baca sinopsisnya di bawah ini..

Siapakah pilihan Nia? Fareth yang zalim kepadanya dulu atau Amrin yang selalu baik kepadanya?

Sinopsis episod akhir:

Ketika Nia di sisinya, dia sikit pun tidak tahu menghargai wanita itu apatahlagi mahu menggangap Nia sebagai isteri. Sebaliknya cinta Fareth beralih kepada Amanda dan mereka berkahwin. Malangnya, selepas kedua belah kaki Fareth lumpuh akibat kemalangan, sejak itu, hidupnya mula murung memikirkan keadaan dirinya yang sudah tidak sempurna lagi. Lebih menyedihkan, kasih yang ditagih daripada Amanda rupa-rupanya palsu belaka. Amanda hanya mempergunakannya untuk mendapatkan tender yang menjadi milik syarikatnya.

Fareth mula menyesali semua kesilapannya terhadap Nia. Tan Sri Firdaus terpaksa meminta pertolongan daripada Nia untuk menjaga Fareth buat sementara waktu sehingga semangat Fareth pulih seperti sedia kala.

Keputusan Nia dibantah keras oleh Azura kerana bagi Azura, Nia hanya dipergunakan untuk kepentingan Fareth sedangkan selama dia menjadi isteri Fareth, tidak pernah sekali pun Nia menerima layanan baik daripada keluarga Fareth.

Bagaimanapun, Amrin yakin, niat Nia hanya ingin membantu Fareth dan dia akan tetap setia di sisi Nia untuk menyokong segala tindakan Nia. Bagaimana kesudahan drama ini? Adakah Nia dengan Fareth ataupun Nia dengan Amrin? Jawapannya esok...

Dah macam drama TV3 Dejavu di Kinabalu dan Kau Yang Terindah pulak. Di akhir cerita, mesti penonton kena berteka-teki heroin akan bersama hero yang mana? Hehehe.. Mungkin itu trademark pengarah Eirma Fatima kot.. Okelah, ED akhiri dengan promo episod akhir Terlanjur Cinta. Udada Ubabye!!





ED: Selamat menonton!

6 ulasan:

  1. Mestilah dengan Fareth... Aku peminat setia cerita nie kot.. ha3..


    benci betol watak Fareth dengan mak dia tu.. jahat bebenor... huh.


    eh teremosi pulak ha3

    BalasPadam
    Balasan
    1. sabar2... kdg2 drama Eirma Fatima di luar jangkaan..

      Padam
  2. last2 semua tak dapat... huhuhu..

    Nice ending :'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan ED dah kata, ending drama Eirma Fatima sukar utk diramal..

      Padam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi