Ahad, 3 Februari 2013

Trend gigi rongak lelaki Afrika dan gigi taring berlapis wanita Jepun

Hai ED nak kongsi dengan anda tentang artikel yang ED baca dalam surat khabar online hari ini. Di Jepun sekarang tengah trend gigi taring berlapis di kalangan wanita. Manakala di Afrika Selatan pulak tengah trend lelaki gigi depan rongak. Kenapa? Baca petikan di bawah ini..

Contoh gambar wanita Jepun bergigi taring berlapis dan lelaki Afrika bergigi rongak di depan.

Gigi Taring Berlapis Jadi Kegilaan Wanita Jepun

Fenomena gigi taring berlapis dikenali di Jepun sebagai 'yaeba'. Ia sangat disukai wanita Jepun kerana kaum lelaki menganggap wanita yang mempunyai gigi tersebut sebagai comel.

Menurut akhbar Japan Today, fenomena yang dicetuskan oleh beberapa kumpulan pop dan selebriti Jepun itu telah membuatkan imej gigi taring berlapis begitu popular di negara berkenaan. 

Wanita Jepun dari segenap usia kini berpusu-pusu ke klinik gigi untuk memiliki gigi taring palsu sementara atau tetap yang disebut 'tsuke-yaeba' dan ditampal pada gigi asal mereka. Doktor gigi mengenakan bayaran AS$390 (RM1,208) untuk prosedur berkenaan.

Ekoran populariti imej gigi taring berlapis itu, sebuah kumpulan penyanyi di Jepun telah menamakan diri mereka sebagai TYB48 (tsuke-yaeba48). Nama tersebut diberikan oleh seorang pengarah klinik gigi, Taro Masuoka. Menurut Masuoka, 'yaeba' memberikan seseorang wanita itu wajah yang comel tetapi nakal. (Sumber: Kosmo)

Rongak Kian Diminati Lelaki Afrika Selatan

Cape Town: Satu amalan tradisi puak yang tidak pernah luntur, malah menjadi gaya yang semakin diminati di kalangan pemuda di Cape Town serta wilayah lain di Afrika Selatan, ialah membuang beberapa gigi hadapan mereka.

Amalan dan gaya ini disifatkan simbol ketampanan dan kehebatan di kalangan lelaki di wilayah ini. Walaupun kedengaran agak pelik, kebanyakan remaja Afrika Selatan sebenarnya lebih suka jika mereka dilihat rongak ketika senyum selepas mencabut gigi hadapan.

Dengan kebanyakan mereka mengenakan baju panas longgar dan bertopi selain dilengkapi kaca mata hitam, senyuman terbabit disifatkan unik di kalangan remaja Afrika Selatan yang gemar memberi aksi seperti samseng. (Sumber: Berita Harian)

Artikel di atas membuatkan ED berbelah bahagi sama ada mahu memakai braces atau tidak. Gigi semulajadi adalah lebih baik kan? Bagaimana pendapat anda? Udada Ubabye!!

Sembang-sumbang Ahad..





ED: Macam-macam hal kan?

2 ulasan:

  1. yg gigi taring tu, ok fine.. buleh terima klu dikatakn comel. tp, yg gigi rongak tu mmg xbuleh blah! ha3..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha.. tapi mereka anggap handsome kalau gigi rongak..

      Padam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi