Selasa, 30 April 2013

ED setuju dengan kenyataan Zain MasterChef Selebriti Malaysia 2 setelah disingkirkan

Hai, kecoh di media sosial tentang penyingkiran Zain dan perangainya dalam rancangan MasterChef Selebriti Malaysia 2, saluran Astro. ED suka, setuju dan percaya dengan kenyataan Zain dalam Media Hiburan Online hari ini.

 Zain Saidin

“Saya dipergunakan dan dijadikan watak jahat dalam drama ini. Saya akui, rancangan ini separuh 'real', separuh drama. Namun, banyak kata-kata ‘pedas’ juri dibuang dan kelantangan saya menyerlah.
 
“Saya tidak kecewa apabila disingkirkan kerana saya tahu setakat mana kemampuan saya, namun saya tidak suka bila ada unsur-unsur ketidakadilan dalam pertandingan,” katanya yang mengakui sudah berdamai dengan Chef Adu, Chef Joe dan Chef Zubir.
 
Dalam pada itu, Zain juga mendedahkan pada awalnya menolak untuk menyertai pertandingan ini, namun dia dipaksa pihak produksi untuk sama-sama memeriahkan dapur Masterchef bersama Che Ta.
 
“Saya memang tak nak masuk MSM 2 kerana saya tiada kemahiran memasak. Mereka mahu saya masuk kerana kisah percintaan saya bersama Che Ta. Namun, saya tidak sangka ia bukan sekadar pertandingan. Sejak awal lagi saya sudah nampak sikap juri yang tidak adil," katanya yang terpaksa menolak tawaran lakonan semata-mata untuk turut serta dalam pertandingan ini. (Sumber: Media Hiburan Online)

Semasa kecoh2 tentang kebiadapan dan penyingkiran Zain minggu lalu, ED dah agak yang itu hanya drama dan strategi stesen TV untuk menaikkan rating. Bagi ED, tak mungkin Zain sesuka hati menunjukkan kebiadapannya di khalayak ramai. Kalau difikir secara logik, semua itu telah dirancang. Kalau anda masih marah kepada Zain, abaikan sahaja kerana itu hanya babak drama dalam MasterChef 2. Udada Ubabye!!
Sembang petang..


ED: Sekadar pendapat ED sahaja..

2 ulasan:

  1. hah! betul tu.... dah agk yg masterchef selebriti malaysia realiti + lkonan. sy mula perasan sbb sy tengk watak Michael Ang dgn Karl shafeq(MSM pertma) sma perangai. lidah tajm mcm pedang. asyik nk kutuk peserta2 lain ajea.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jadi, tengok boleh, emosi jangan... hehehe..

      Padam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi