Ahad, 28 April 2013

(Mi Casa) Anggaran perbelanjaan nak masuk rumah baharu

Hai, dalam segmen Mi Casa hari ini, ED nak cerita tentang anggaran perbelanjaan nak masuk rumah baharu. Setelah ED kira2 tentang perbelanjaan asas nak masuk rumah baharu, dalam tangan mesti ada sekurang-kurangnya RM10k. Banyak tu.. Tapi inilah hakikatnya..

Ada masa hari ini, ED buat kira-kira untuk perbelanjaan nak masuk rumah baharu. ED sempat juga melakar apa yang nak ditambah pada pelan rumah ED.

Untuk permulaan, ED nak pasang grill, lampu, kipas, cornice dan kabinet dapur di rumah baharu.

Lebih besar rumah, lebih banyak belanjanya. Jadi, tepuk dada tanya selera. ED hanya mampu merancang berdasarkan bajet ED sahaja. ED rasa bulan depan dapat kunci rumah. Jadi, ED kena bersedia dari sekarang. Udada Ubabye!!


Segmen Mi Casa.


ED: Banyak guna duit nak masuk rumah baharu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi