Hai, blog EDtv ingin merakamkan jutaan tahniah kepada Kapten James Anthony Tan kerana telah memecahkan rekod dunia sebagai juru terbang termuda yang mengelilingi dunia secara solo selama 48 jam. Berikut berita ringkas yang dipetik daripada Kosmo:
Kapten James Anthony Tan
SUBANG – Rakyat Malaysia, Kapten James Anthony Tan, 21, berjaya
memecah rekod dunia sebagai juruterbang termuda mengelilingi dunia
secara solo selama 48 hari menggunakan pesawat Cessna P210 Eagle yang
diberi nama Semangat Malaysia semalam.
Ketibaannya di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang
di sini disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengasas Malaysia Book of Records, Datuk Danny Ooi.
James yang berasal dari Kajang berlepas dari Terminal Subang Skypark
di sini pada 28 Mac lalu bagi memenuhi cabaran Misi 1Malaysia Kelilingi
Dunia (1RTW).
Pencapaian juruterbang muda negara itu mengelilingi dunia sejauh
20,597 batu nautika (38,146 kilometer) meliputi 20 buah negara dan 30
hentian dicatat dalam Guinness World Records dan Malaysia Book of
Records.
Beliau mengatasi rekod kelilingi dunia selama 80 hari yang dipegang
juruterbang warga Switzerland, Kapten Carlo Schmid, 22, pada 11 Julai
2012.
Satu demi satu kejayaan yang dicapai oleh rakyat Malaysia. ED turut berbangga! Udada Ubabye!!
Bersembang dan menyumbangkan cerita..
ED: Syabas kapten muda!
bangga lah anak malaysia macam ni.... tapi itulah.... bukan anak melayu...
BalasPadamjangan macam tu.. jangan jadikan kaum sebagai jurang.. Kita 1 Malaysia!
Padam