Sinopsis:
Drama
bersiri Love You Mr Arrogant mengisahkan tentang Irham (Azlee Khairi)
dan Zaara (Zara Zya) yang bertemu dalam satu kemalangan kecil yang tidak
disengajakan. Keangkuhan Irham meminta Zaara membayar RM5000 sebagai ganti rugi. Puan Sri Maryam (Norish Karman) ingin menjodohkan dia
dengan Sherry (Hanez Suraya) wanita yang tidak pernah dicintai.
Beberapa hari mengenali Zaara, Irham kemudian menyatakan hasratnya untuk
memperisterikan Zaara bagi mengelak dirinya dari berkahwin dengan
Sherry dan memenuhi syarat ayahnya, Tan Sri Zahir. Jika Irham tidak
berkahwin dalam masa terdekat, syarikat Irham Holdings akan jatuh ke
tangan sepupunya, Hadry. Irham tidak mahu syarikat yang dibangunkan oleh
keluarganya itu jatuh ke tangan orang lain dan dia sanggup melakukan
apa sahaja demi mempertahankannya.
Zaara terkejut dengan permintaan Irham. Malah, Irham sanggup menghubungi
ibu bapa Zaara dan membuat pengakuan yang kononnya dia dan Zaara sedang
bercinta dan dia ingin menghantar rombongan meminang Zaara. Perbuatan
Irham itu membuatkan Zaara berasa terhina kerana baginya Irham sengaja
menggunakan alasan perkahwinan itu sebagai tanda Zaara membayar ganti
rugi hutang kemalangan tempoh hari.
Akhirnya, Zaara rela menerima kehendak Ilahi demi menjaga maruah
keluarga meskipun tiada perasaan cinta terhadap lelaki asing dalam
hidupnya itu. Namun Zaara tidak menyangka bahawa keputusannya itu
membuatkan hidupnya kacau-bilau dengan perangai ego Irham. Malam pertama
sahaja dia sudah diuji apabila Irham tidak membenarkan Zaara tidur
sekatil dengannya. Malah Zaara juga terpaksa akur berdepan dengan
layanan kurang mesra dari keluarga Irham.
Tanpa disedari, Zaara mula menyintai suaminya dalam diam. Walaupun Irham
nampak kasar dan sombong tetapi Zaraa dapat merasakan Irham mula
mengambil berat tentang dirinya serta sangat melindunginya dari disakiti
oleh Puan Sri Maryam dan Sherry.
Di saat pasangan itu mula mengecapi kebahagiaan, hubungan mereka diuji
dengan kehadiran orang ketiga di mana Faisal, rakan sepejabat Zaara yang
psiko dan menggilai Zaara sanggup menggunakan tipu helah jahat demi
mendapatkan Zaara. Malah, Hadry juga mula sukakan Zaara dan sentiasa
berusaha mendekatinya. Ini membuatkan Irham cemburu dan dihimpit dengan
tekanan untuk mempertahankan rumah tangganya.
Malah, Irham juga mendapat berita tentang Puan Sri Maryam yang disahkan
mengalami masalah jantung yang agak teruk. Puan Sri Maryam meminta Irham
agar menunaikan hajatnya dengan mengahwini Sherry. Mengenangkan
kesihatan Puan Sri Maryam yang semakin tenat itu membuatkan Zaara
mengizinkan Irham untuk berkahwin dengan Sherry. Irham tersepit dengan
keadaan yang menghimpit dirinya.
Rupanya ED tak update lagi sinopsis drama ini. Udada Ubabye!!
ED: Selamat menonton!
sinopsis lebih kurang sama macam drama cinta jannah
BalasPadamSama tapi tak serupa :)
Padam