Sabtu, 14 September 2013

(Mi Casa) Penyelesaian masalah jamban duduk

Hai, mula2 beli rumah, ED bermasalah bila dapat tahu jambannya jenis jamban duduk. ED kurang selesa buang air besar dengan jamban duduk. Sekarang ni, semua rumah yang dibina menggunakan jamban duduk. Kebaikannya, jimat ruang bilik air. Minggu ini, ED ada terbaca tips penyelesaian kepada jamban duduk. Bagaimana nak selesa buang air besar guna jamban duduk? Lihat ni..

Letak bangku kecil ni. Semasa buang air besar, letak kaki di atas bangku ini. Cubalah...

ED baru letak bangku kecil di setiap bilik mandi rumah baharu. Kosnya sangat murah daripada nak ubahsuai jamban duduk kepada jamban cangkung. Jadi, selepas ini tiada masalah lagi menggunakan jamban duduk. Maaf, topik ini agak memalukan tapi penting bagi anda yang mempunyai masalah seperti ED. Udada Ubabye!!



ED: keselesaan buang air besar penting untuk kesihatan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi