Hai, siang tadi ED ke rumah baharu atau dalam bahasa Sepanyol Mi Casa. Hehe.. Setibanya di rumah baharu, ED nampak dah ada tong sampah baharu dalam halaman rumah.
Terima kasih kepada sesiapa yang memasukkan tong sampah ini ke dalam halaman rumah ED. Mungkin jiran kot..
Aktiviti ED di rumah baharu hari ini ialah..
ED mula menampal pelekat pada dinding yang retak. Ini namanya memeriksa defect atau kecacatan pada rumah.
ED selesai tampal pelekat pada 2 bilik sahaja. Selebihnya, ED akan buat lain kali.. Akhirnya, diri ini terbaring di bilik sebab penat. Abaikan toto bunga2 ni..
ED belum pernah tidur lagi di rumah baharu. Mungkin cuti sekolah nanti ED akan bermalam di sana. Pukul 3.30 petang ED bertolak balik ke rumah. Nak lama2 kat sana, bosan. TV takde lagi. Udada Ubabye!!
ED: buat sikit-sikit dulu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan