Isnin, 7 Oktober 2013

(Sembang) Pertama kali minum air buah gerebes

Hai, semalam ED sekeluarga pergi ke rumah Pak Ngah di Tenggaroh 5 untuk melihat baby sepupu ED. Kami disajikan dengan air gerebes. Pertama kali ED dengar dan rasa air gerebes. Air apakah itu? Jom lihat gambar air gerebes..

Air gerebes ialah air buah seakan labu air dlm bahasa jawa.. Tapi bukan labu air. Pak Ngah ED kata memang orang Jawa panggil namanya macam tu..

Inilah buah gerebes yang telah disagat. Rasa dan rupanya seperti tembikai susu tetapi tawar sedikit..

Air buah gerebes ni mesti dicampurkan dengan santan, garam dan gula supaya lazat. Rasanya macam cendol pun ada juga.

Menurut Pak Ngah ED, air buah gerebes ini merupakan kegemaran arwah nenek ED dulu. ED tak sempat jumpa kedua2 arwah nenek ED. Okelah, Udada Ubabye!!



ED: tak tahu dalam bahasa melayu, gerebes tu apa...

1 ulasan:

  1. buah ni kalau dekat kedah kmi pnggil tembikai betik..
    isi dia gebu-gebu tu kan...
    rasa mcm tawar skit..
    tp kalau mkn mcm kuah cendol sedap ni...

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi