Sabtu, 9 November 2013

(Sekolah) Corat-coret Hari Sukan 2013

Hai, pagi tadi di sekolah ada Hari Sukan. Berikut corat-coretnya..

 Pagi tadi ED kalut apabila peserta perbarisan Pengakap yang datang hanya 12 orang. Nak tak nak, perbarisan mesti diteruskan. Huhu.. ED ketua Pasukan Pengakap tahun ini..

Bergambar dengan peserta perbarisan Rumah Merah iaitu Rumah Sukan ED. ED juga ketua Pasukan Rumah Merah tahun ini..

Tahun ni, perbarisan Rumah Merah bertemakan naga. Kelakarnya hari ini apabila peserta perbarisan ini jalan sebaris demi sebaris (sepatutnya tiga baris). Paling kelakar, bila ada seorang peserta ni memakai selipar dan seliparnya terbenam dalam tanah. Hahaha.. Tapi takpe, perbarisan Rumah Merah menjadi hiburan untuk semua.

Khemah Rumah Merah bertemakan oriental. Simple sahaja kerana kesuntukan masa.

Menjadi penyorak setia untuk Rumah Merah bersama murid2. Hehehe..

Walaupun suntuk, Hari Sukan berjalan lancar.

Tahun ini, Rumah Merah dapat naib juara (tahun lepas juara). Takpe, adat bertanding kan? Yang penting, ED seronok bersorak hari ini. Setakat ini sahaja cerita ED di sekolah pagi tadi. Udada Ubabye!!



ED: Penat tapi lega, sukan dah tamat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi