Hai, sesi persekolahan 2013 tinggal 2 hari lagi. Minggu ini, ED dapat banyak juga hadiah sempena minggu terakhir persekolahan daripada anak murid ED. Alhamdulillah! Berikut, antara hadiah yang ED terima (nak buat kenangan dalam blog ini)..
Hari Isnin, ED dapat hadiah tshirt kelas. Murid2 kelas ED berpakat untuk hadiahkan ED tshirt ni.. Sweet kan?
Terima kasih kepada murid2 yg beri kerjasama kepada ED tahun ni. Tahun ini merupakan pengalaman pertama ED jadi guru kelas tahun 6. Esok keputusan UPSR keluar, ED turut merasakan debarannya. Udada Ubabye!!
ED: Alhamdulillah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan