Rabu, 20 November 2013

(Sekolah) Makan Malam Akhir Tahun di Hotel Mutiara

Hai, malam semalam sekolah ED mengadakan annual dinner atau makan malam tahunan di Hotel Mutiara. Berikut gambar dan ceritanya.

ED bertolak awal ke sana kerana bertugas sebagai ajk pendaftaran. Tiada tema pakaian untuk dinner semalam.

Sekitar suasana dalam kafe Hotel Mutiara

Pelbagai makanan disajikan seperti nasi berlauk, aneka mi, kek, rojak, buah dan aiskrim. Puas hati!

Alhamdulillah, ED dapat hadiah cabutan bertuah tempat keenam. Nombor ED 006 dan dapat hadiah 6 gelas berkaki ini. Kebetulan, semua angka 6.

Tak banyak gambar yg ED ambil semalam. Makan malam semalam menandakan penghujung sesi bekerja tahun ini. Jumaat ini, ED akan mula bercuti sekolah. Udada Ubabye!!



ED: kenyangnya semalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi