Hai, semalam ED dapat panggilan daripada klinik gigi bahawa temujanji braces ED pada petang ini terpaksa dibatalkan kerana doktor balik ke kampung. Pertama kali, temujanji ED dibatalkan dan temujanji ED yang seterusnya pada bulan hadapan iaitu genap setahun ED pakai braces.
Diam tak diam, dah 11 bulan lebih ED pakai braces ni.
ED kongsi sedikit cerita tentang braces ED sekarang ini ye.. Alhamdulillah, semakin lama semakin terbiasa dengan braces dan kadang2 ED terlupa yang ED masih pakai braces. Rasa biasa saja dalam mulut. Alhamdulillah, nak kunyah makanan pun dah senang sebab gigi tak rasa lagi ketat dan ditarik-tarik. Kepada anda yang nak pakai braces tapi masih takut, ED nak pesan sikit ni. Fikir positif dan kita kena berkorban untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Bukan ciptaan Allah sebelum ini tidak baik, tetapi itu ujian supaya kita dapat berusaha mencari jalan penyelesaian terhadap diri kita. Udada Ubabye!!
ED: ingat balik dulu, memang takut nak buat.. Tapi fikir positif aje..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan