Isnin, 3 Februari 2014

(Sembang) Perbezaan kereta auto dan manual

Hai, ED baru terbaca info tentang perbezaan kereta auto dan manual di sebuah blog ni. Menarik ni untuk dikongsi bersama. Jadi, ini dia perbezaan kereta auto dan manual.

Ternampak sticker kereta ni minggu lepas, bersesuaian dengan topik sembang hari ini.. 

1. Kalau dari segi harga kereta gear auto lebih mahal dari kereta gear manual.
2. Kalau dari segi pickup kereta gear auto kurang pick-up dari kereta gear manual.
3. Kalau dari segi penggunaan petrol kereta gear auto lebih tinggi dari kereta gear manual.
4. Kalau dari segi mudahkan pemanduan kereta gear auto rileks skit dari kereta gear manual sebab gear auto takyah tekan pedal clutch tapi anda rugi satu pedal kaki bagi kereta auto pedal clutch dah di keluarkan.
5. Kalau dari segi penggunaan brek kereta gear auto lebih cepat haus pad brek dari kereta gear manual kalau turun bukit curam kereta gear manual boleh save guna brek dengan menukar kepada gear rendah (drop gear).
6. Kalau dari segi nak start kereta ketika bateri weak kereta gear auto dah tak boleh start menggunakan kaedah tolakkan dan masuk gear seperti kereta gear manual.
7. Kalau dari segi maintenance gearbox rosak kereta gear auto harga kos gearbox lebih mahal dari kereta gearbox manual.

Jadi dari segi value for money kereta gear manual lebih menjimatkan dari kereta gear auto. Abaikan gambar di atas kerana kereta anda, citarasa anda dan duit anda. Anda yg memahami keadaan diri anda, Udada Ubabye!!


Sumber: http://lurima.wordpress.com/2009/08/27/perbezaan-gear-auto-manual/


ED: kereta ED manual..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi