Ahad, 24 Ogos 2014

(Sembang) Aplikasi Last Words juara pertandingan D3

Kuala Lumpur, 24 Ogos 2014 – Selepas bekerja keras selama 24 jam, Kumpulan 41 yang dianggotai oleh Afif Ter, Shahrin Shamsuddin, Syed Muhamad Muaz Syed Abdullah dan Ahmad Azlan Shamsuddin telah diumumkan sebagai pemenang hadiah pertama yang berupa wang tunai sebanyak RM15,000 + Dermasiswa bernilai RM10,000 + telefon pintar Lumia 1520, dalam pertandingan D3, anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Media Prima Digital yang berlangsung pada 23 dan 24 Ogos 2014. 

Barisan pemenang.

Kumpulan 41 telah menghasilkan aplikasi yang diberi nama ‘Last Words’ selaras dengan tema “Hiburan, Gaya Hidup dan Komuniti yang Terhubung”.

Tempat kedua telah dimenangi oleh Kumpulan 8. Mereka memenangi wang tunai RM10,000 + Dermasiswa bernilai RM10,000 + telefon pintar Lumia 1320.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Kumpulan 33 Wang Tunai RM5,000 + Dermasiswa bernilai RM10,000 + telefon pintar Lumia 630 Dual SIM.

Aplikasi

Objektif

Tujuan

Ciri-ciri

Bagaimana aplikasi ini menyelesaikan masalah?

Tempat Pertama: Last Words

Khidmat pesanan ringkas daripada perseorangan yang meninggal dunia

Menghubungkan perasaan dan emosi mereka yang telah meninggal dunia untuk yang tersayang

4 jenis mesej. Teks, video, audio, gambar.

Pengguna menetapkan mesej yang mahu dihantar dan jangkamasa pesanan. Aplikasi mula menghantar pesanan setelah pengguna tidak log masuk / akaun tidak aktif selepas 30 hari berturut-turut.

Tempat Kedua: Strand

Menghubungkan individu pendandan rambut kepada pelanggan yang berpotensi, termasuk di luar bandar

Carian salun rambut, ketahui kekosongan servis salun, tempat terdekat, komen pengguna berkenaan kualiti dan jenis perkhidmatan penggayaan rambut

Hashtag, komen pengguna lain di laman atas talian

Pengguna boleh mencari, membaca reviu pilihan malah membuat tetapan temujanji termasuk di luar bandar menerusi langkah mudah

Tempat Ketiga: Lionheart

Carian penerima yang disahkan untuk pelbagai program derma dan aktiviti kemasyarakatan. Ketahui tempat menderma yang sesuai

Carian pusat penerimaan derma terdekat dan jenis derma yang diterima

Mengguna-pakai fungsi SMS untuk notifikasi. Ciri akan datang termasuk notifikasi amaran bencana menerusi SMS

Pertandingan yang dilangsungkan dalam tempoh 24 jam di Wakalab, Media Prima Digital, Jalan Riong, Bangsar itu telah disertai oleh pembangun aplikasi, pelajar dan usahawan berumur antara 18 hingga 45 tahun.

Hadiah telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Pembangunan Industri MCMC, Dato’ Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus dan Lam Swee Kim, Pengurus Besara Kumpulan, Media Prima Digital.

“Pada pemerhatian kami, pertandingan kali ini telah menunjukkan peningkatan dari segi kemahiran dan ide-ide yang dipersembahkan oleh para peserta. Oleh itu, MCMC akan terus mengadakan pertandingan seperti ini di masa hadapan untuk mencungkil lebih ramai bakat baru bagi memperkayakan kandungan mudah alih,” kata Ketua Pegawai Pembangunan Industri MCMC, Dato’ Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus.

“Kami bukan sahaja komited dalam menawarkan pengalaman digital buat pengguna di luar sana, malah mahu memperkasa ciptaan aplikasi baharu daripada pereka muda di negara ini. Penganjuran acara D3 mempamerkan kesungguhan kami dalam mencipta peluang buat pereka tempatan mengguna-pakai teknologi mobiliti dalam menambah-baik kehidupan komuniti di Malaysia,” menurut Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan, Media Prima Digital.

Acara D3 yang pertama ini menyaksikan penyertaan hampir 150 orang peserta keseluruhan. Untuk maklumat lanjut berkenaan acara D3 akan datang, layari mdd.mcmc.gov.my. Udada Ubabye!!


ED: hebat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi