Jujurnya ED geram dan sakit hati dengan tindakan tidak amanah daripada pihak yang membocorkan soalan UPSR ini. Pihak tersebut telah menyusahkan banyak pihak termasuk murid2 yg tak tahu apa2 tentang soalan bocor tersebut. Diharap pihak yang terbabit dengan soalan bocor ini dapat diberkas dan dikenakan tindakan yg sewajarnya.
Semalam pagi sepatutnya dimulakan dengan peperiksaan Sains, disebabkan telah ditangguh, sekolah ED mengadakan bacaan Yasin bagi mengisi masa Sains tersebut.
Semalam, ED dapat lihat wajah2 cikgu sekolah ED betul2 kecewa kerana soalan BI telah bocor juga. Menurut seorang cikgu sekolah ED, kalau murid2 diajar dengan soalan bocor, lebih baik tak payah belajar selama 6 tahun. Okelah, nasi sudah menjadi bubur. Kita mesti pandang ke depan untuk langkah seterusnya. Nak tuding jari, memang tak akan menyelesaikan masalah. Udada Ubabye!!
ED: sabarlah kepada cikgu2, ibu bapa dan calon2 UPSR



Tiada ulasan:
Catat Ulasan