Hai, sebenarnya sebelum bulan puasa nak try buat kek cheese leleh, tetapi tunda punya tunda, dah nak masuk Hari Malaysia, ED tak buat2 kek cheese leleh ni.. Hari ini ED free, baki bahan buat kek ada lagi di dapur, ED pun belilah cream cheese dan whip cream di Tesco pagi tadi. ED pertama kali buat kek cheese leleh ni, tengok resipi kat facebook macam senang.
Mula2 ED siapkan dulu buat kek coklat macam biasa. Habis dah bahan2 kek lepas raya di dapur. Rasa tenang bila dah tak nampak saki-baki bahan2 kek ni di dapur.
Taraa... Jadipun kek coklat ED.
Selepas kek siap, ED pukul cream cheese, whip cream bersama setengah tin susu pekat. ED guna je semua bahan2 ni supaya tidak ada bakinya.
Alhamdulillah, jadipun kek coklat cheese leleh ala EDtv. Zlurpp!!
Misi berjaya! Walaupun comot tapi bolehlah untuk makan sendiri. Udada Ubabye!!
ED: puas makan hasil air tangan sendiri..
Sedapnya!
BalasPadam