Khamis, 6 November 2014

(Sembang) Hati-hati melanggan pelan internet Celcom RM38!

Hai, pernah tak anda beli pelan internet celcom, lepas tu kredit anda cepat habis? Kalau ya, baca entri ini sehingga tamat. Pada minggu ini, ED terkejut apabila kredit celcom ED hampir rm30 habis sebab masalah internet celcom. ED memang langgan pelan internet celcom yg RM38 utk 2gb, bila ED guna internet, ED pelik kenapa kredit jalan sekali padahal kuota internet banyak lagi.

Bila ED cek status langganan internet, kuota internet ED tak berubah walaupun dah sehari guna. 

Kelmarin, ED call customer service celcom utk buat aduan tentang ni. ED rasa dialog ringkas ini boleh menjelaskan jawapan Celcom atas masalah ini:

ED: kenapa bila saya surf internet, kredit saya ditolak? Padahal saya dah langgan internet celcom rm38.

Celcom: maaf, pelan internet celcom sedang mengalami masalah. Jika encik guna, kredit akan ditolak. Jadi, jangan guna dulu.

ED: rugilah saya sebab saya dah langgan. Kenapa tak maklumkan melalui sms.

Celcom: maaf, kami tidak dapat mengawal masalah tersebut.

ED: jadi, apa tindakan celcom? Bagaimana dgn kredit saya yg dah ditolak?

Celcom: selepas ini, kami akan ambil report. Sistem kami dapat tahu kredit encik yang ditolak dan encik memang ada langgan internet. Jadi, celcom akan pulangkan balik kredit encik dlm masa seminggu.

ED: baik.

Pengajarannya, jika anda mengalami masalah seperti ED, call je customer service celcom di 1300111000. ED nak tengok sama ada kredit ED akan dipulangkan atau tidak seperti janji mereka. ED terfikir, kalau orang tidak membuat aduan, adakah pihak celcom akan alert tentang hal ini? Entahla... Udada Ubabye!!



ED: hati2 dengan pelan internet anda!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi