Rabu, 25 Mac 2015

(Sembang) Kronologi cerita drama Teman Lelaki Upahan TV3 di blog EDtv

Hai, hari ini episod separuh akhir drama Teman Lelaki Upahan di TV3. ED nak segarkan kembali ingatan anda tentang permulaan ED update tentang drama ini sehinggalah dah nak ke episod akhir. Jom!

Inilah update pertama di blog EDtv tentang drama Teman Lelaki Upahan. Pengarah minta cadangan penonton untuk watak Kyra Lydia. Sepatutnya drama ini tayang pada bulan Disember tetapi drama lain yang tayang dulu. Tak faham.....

Tahukah anda, pada awalnya di EDtv ramai yang memilih Syarul Ridzwan sebagai El dan Zara Zya sebagai Kyra Lydia.

Ha, sayangnya Zara Zya dan Syarul Ridzwan tak free untuk shooting drama Teman Lelaki Upahan. Terpaksalah, pengarah cari pelakon lain.

Bagi ED, entri yang ni yg paling hangat. Inilah pelakon bayangan pengarah utk drama Teman Lelaki Upahan. Nadia Aqilah sebagai Kyra Lydia dan Aqasha sebagai El. Ramai yang tak setuju dgn pemilihan ini.. Tetapi ini hanya bayangan dan tak confirm lagi.

Ha, inilah pelakon rasmi drama Teman Lelaki Upahan. Siti Elizad sebagai Kyra Lydia dan Ungku Ismail Aziz sebagai El. Pemilihan hero dan heroin ini menjadi perdebatan hangat penonton. Ada ramai yang tak setuju berbanding yg setuju.

Pasangan ini memang sangat serasi dan lakonan mereka sangat bersahaja. Itulah yg membuatkan mereka popular menerusi drama ini.

Lihatlah, bakat akan mengatasi segalanya. Akhirnya, semakin lama
 Ungku Ismail Aziz dan Siti Elizad berjaya memukau penonton drama Teman Lelaki Upahan di TV3. Lakonan mereka sangat berkesan sehinggakan ramai yang tak nak drama ini habis esok.

Ha, begitulah kronologi perkembangan drama ini di EDtv. Kesimpulannya, jangan menilai seseorang dahulu sebelum anda lihat hasilnya. ED akhiri dengan status seseorang ni yang tag ED di instagram. Udada Ubabye!!



Boleh baca, jangan komen apa2...


ED: tahniah utk team drama Teman Lelaki Upahan

1 ulasan:

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi