Ini dia, nasi ayam penyet paling senang di dunia ala EDtv. Bahan sampingan ikut selera masing2. ED suka timun, tomato, tempe dan tahu sebagai bahan sampingan.
Resipi + cara:
1. Buat sambal dahulu.
2. Goreng sehingga layu:
- segenggam ikan bilis
- 3 biji bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 10 biji lada merah
- 5 biji cili padi
- sebesar ibu jari belacan
- sebiji tomato belah 4
- minyak utk goreng
3. Lepas tu, masukkan dlm lesung batu & tumbuk sehingga lumat.
4. Campurkan sedikit garam & gula mengikut rasa.
5. Siap dah sambal nasi ayam penyet paling senang di dunia ala EDtv. Mudah kan?
6. Masak nasi.
7. Beras 5 pot dicuci bersih.
8. Beras kena campur dgn kuah stok ayam.
9. Cara buat kuah stok ayam.
- panaskan minyak
- masukkan suku bawang besar dihiris
- masukkan 2 biji bawang putih dihiris
- masukkan sebesar ibu jari halia, dihiris
10. Tumis sehingga layu.
11. Masukkan 7 pot air.
12. Masukkan 1 kiub pati ayam.
13. Masukkan garam secukup rasa.
14. Siap kuah stok ayam, masukkan dalam beras tadi.
15. Boleh masak nasi dgn kuah pati ayam tadi.
16. Siap dah nasi ayam penyet paling senang di dunia ala EDtv. Mudah kan?
17. Sediakan bahan2 sampingan.
18. Goreng tauhu begitu sahaja.
19. Goreng tempe yg telah dicelup dgn air garam.
20. Goreng ayam yg telah diperap dgn rempah.
21. Cara buat rempah perapan ayam:
- gaulkan ayam dgn kunyit, halia, serbuk jintan, ketumbar, bawang putih, bawang merah & halia yg telah dikisar. Letak sedikit garam juga.
22. Goreng ayam dgn minyak.
23. Potong timun & tomato secukup rasa.
24. Bila semua dah siap, boleh hidangkan.
Anda boleh tambah sup jika suka. ED tak guna sup pun takpe. Mudah kan cara nak buat nasi ayam penyet paling senang di dunia ala EDtv? Kos pun tak banyak. Selamat mencuba!
ED: sambal dia sedap!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan