Sabtu, 11 Julai 2015

(ED & Braces) Kena pakai retainer

Hai, selepas buka braces, ED kena pakai retainer selama 3 tahun. Untuk 6 bulan pertama, kena pakai sepanjang waktu kecuali waktu makan. Selepas itu, boleh pakai retainer ni waktu malam sebelum tidur je.. Retainer ni berfungsi supaya susunan gigi baru tidak kembali ke susunan asal.

Nampak tak retainer pada gigi ED? Untuk sebulan pertama, ED kena pakai retainer plastik lutsinar yg dibuat mengikut acuan gigi ED. Bulan depan baru tukar retainer besi pulak.

Kalau difikir2 macam tak sanggup nak buat braces ni sebab banyak sangat prosesnya. Tapi alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. ED buat2 enjoy je pakai retainer ni.. Masa hari pertama pakai retainer, susah nak cakap sebab suara jadi pelat. Semakin lama, ED dah dapat biasakan diri pakai retainer. Alhamdulillah. Udada Ubabye!!



ED: memang kena banyak sabar buat braces ni..

1 ulasan:

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi