Isnin, 13 Julai 2015

(Zlurpp!!) Resipi pizza telur ala EDtv

Hai, ada yg minta resipi pizza yg ED buat semalam waktu buka. Sebenarnya bukan pizza, cuma roti telur dibakar dlm oven. Sebab nampak macam pizza, ED namakan Pizza telur ala EDtv.

Pizza telur ala EDtv

Resipi:
Roti potong
Sosej ayam
Telur
Lada benggala
Bawang besar
Garam
Minyak bijan
Marjerin
Keju parmesan

Cara:
1. Hiris 1 bawang besar, separuh lada benggala dan 5 btg sosej. Gaulkan dan bubuh garam dan setitis je minyak bijan.
2. Pukul 5 telur dan bubuh sedikit garam.
3. Susun roti atas dulang yg dah disapu marjerin, taburkan bahan (1) dan tuang telur tadi.
4. Taburkan keju & bakar dlm oven.

Mudahkan? Hasilnya pun sedap! Udada Ubabye!!



ED: selamat mencuba!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi