Jumaat, 3 Julai 2015

(Zlurpp!!) Resipi spaghetti mudah sos Prego

Hai, ada yg minta ED resipi spaghetti mudah Prego seperti yg ED masak waktu buka tadi. Serius, memang mudah! Berikut resipinya.

Spaghetti mudah Prego

Resipi sos spaghetti:


1/2 botol sos tradisional Prego yg bersaiz besar
1 ulas bawang putih, dicincang
1 biji bawang besar dihiris
7 biji cili padi (ikut selera, supaya ada rasa pedas2 sikit)
7 sosej ayam dihiris
20 biji bebola daging, dipotong 4
Minyak utk menumis
4 cawan air
Garam, ajinomoto
Tepung jagung utk pekatkan (ikut citarasa)

Bahan spaghetti:
Spaghetti, air, minyak.

Cara buat sos:
Panaskan kuali, tuang minyak, tumis bebola daging & sosej, bawang2 & cili padi sehingga masak.
Masukkan air, sos Prego, garam & ajinomoto. Jika anda tak suka sos spaghetti cair, larutkan tepung jagung & masukkan dalam sos. ED memang suka sos yg pekat2 ni..
Masak sehingga sos mendidih. Siap dah..

Selepas sos siap, kita celur spaghetti. Caranya panaskan air yg dicampur sedikit minyak. Bila air mendidih, masukkan spaghetti dan tunggu sehingga spaghetti lembut.

Selepas semua siap, dah boleh sajikan. Mudah bukan? Udada Ubabye!!



ED: sos prego ni memang dah sedap..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi