Isnin, 17 Ogos 2015

(Akasia TV3) Sinopsis drama Mencintaimu

Hai, berikut sinopsis penuh drama Mencintaimu..

Sharnaaz Ahmad dan Zahirah Macwilson

Sinopsis:

Mengisahkan tentang perjalanan cinta antara Anissa (Zahirah MacWilson) dan Hisham Dato’ Hanafi (Sharnaaz Ahmad). Anissa seorang yang bercita-cita tinggi dan mahu sambung belajar di universiti. Oleh itu, dia telah bekerja selama dua tahun untuk mengumpul duit. Namun ibunya, Juhara, tidak menyokong tindakannya kerana dia lebih suka jika Anissa berkahwin dengan lelaki pilihannya.

Akhirnya, Anissa berjaya memulakan hidup baharu sebagai seorang mahasiswi. Di sana, Anissa menyukai Hisham secara diam-diam. Anissa selalu memerhati Hisham dan mula meluat dengan perangai Hisham yang suka berfoya-foya, melepak, ponteng kelas dan banyak lagi. Perasaan suka terhadap Hisham semakin pudar. Oleh itu, Anissa menolak pelawaan Hisham mengajaknya keluar.

Sebenarnya, Hisham telah menyahut cabaran kawan baiknya, Helmi (Niezam Zaidi) untuk mengajak Anissa keluar. Malu dengan penolakan Anissa, Hisham mula merancang sesuatu untuk menyakitkan hati Anissa. Helmi memberi tempoh satu semester kepada Hisham untuk membuatkan Anissa jatuh cinta kepadanya.

Hisham mula berbaik-baik dengan Anissa. Anissa mudah lembut hati dan dia telah memaafkan Hisham yang kelihatan bersungguh-sungguh untuk berubah. Hisham dan Anissa semakin rapat. Hisham mula berubah selepas berkawan rapat dengan Anissa. Dia menjadi serius dalam pelajaran dan semakin rajin ke kelas. Kawan-kawannya sering mengejek Hisham bahawa dia telah terjatuh dalam perangkap Anissa.

Kerana ego, Hisham mengatakan bahawa rancangan tetap diteruskan untuk mengenakan Anissa walaupun dia sebenarnya mula menyukai Anissa. Akhirnya, permainan Hisham telah menyebabkan detik hitam berlaku dalam hidup Anissa. Anissa dihujani dengan pelbagai dugaan. Dia telah dihalau oleh ibunya dan juga diberhentikan oleh pihak universiti. Anissa membuat keputusan untuk melarikan diri dan sambung belajar di luar negara atas pembiayaan biasiswa sebuah syarikat.

Selepas lima tahun, Anissa pulang ke tanah air. Anissa lebih matang dan lebih teliti dalam membuat keputusan. Hisham pula dibelenggu rasa bersalah selepas Anissa menghilangkan diri. Atas desakan keluarga, Hisham telah bertunang dengan Tengku Asyikin (Sarah Anne). Dia juga telah berubah menjadi seorang yang lebih baik dan bertanggungjawab. Apakah akan terjadi selepas Anissa bertemu dengan Hisham kembali?
Sumber: Tonton Extra

Saksikan drama Mencintaimu, Rabu ini di Akasia TV3. Udada Ubabye!!



ED: selamat menonton


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi