Rabu, 14 Oktober 2015

(Sembang) Hukum menyambut hari lahir

Pagi tadi ED tengok rancangan Tanyalah Ustaz di TV9. Menariknya topiknya iaitu hari ulang tahun kelahiran. Seorang penonton bertanya, apakah hukumnya menyambut hari lahir? Ini jawapan Dai Farhan yg mengendalikan rancangan tersebut...

Hukum menyambut hari lahir adalah harus jika tidak bertentangan dengan hukum dalam Islam dan haram jika memasang dan meniup lilin pada kek hari lahir kerana sama seperti sambutan hari lahir orang nasrani. Menurutnya lagi, sambutan hari lahir dalam Islam bolehlah dibuat seperti kenduri doa selamat dan mengadakan jamuan untuk jemaah masjid. Berselawat beramai2 pun boleh dlm majlis hari lahir.

Info yg ED dengar tadi sangat bermanfaat. Sebab itu ED nak simpan dan share di blog ini. Alhamdulillah, ED tak pernah lagi sambut hari lahi lahir dgn meniup lilin pada kek. Biasanya lilin tu ED simpan buat koleksi. Hehehe.. Udada Ubabye!!



ED: no candle lagi ye bila buat birthday party...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi