Khamis, 31 Disember 2015

Carta Top 10 Drama Kesukaan EDtv sepanjang 2015

Hai, sempena hari terakhir tahun 2015, ED kongsikan Carta Top 10 Drama Kesukaan EDtv Sepanjang 2015... Carta ini mengikut tahap kesukaan ED menontonnya..



10. Syurga Nur (Akasia TV3)
Ulasan: ED suka montaj, lagu tema dan jalan ceritanya yg sedih...

9. Bencinta (Samarinda TV3)
Ulasan: ED suka montaj, lagu tema dan jalan ceritanya tentang perempuan yg jatuh cinta pada abang angkat..

8. Nasuha (Ratu TV9)
Ulasan: ED suka montaj, lagu tema dan jalan ceritanya yg sangat sedih tentang Nasuha yang buta. Memang sedih drama ni...

7. Keluarga Pontimau (Aksi TV3)
Ulasan: ED suka lawak dan jalan ceritanya yg unik dan bersahaja. Lain daripada yang lain. Bukan main lagi Keith Foo dlm drama ni.

6. Dhia Sofea (Samarinda TV3)
Ulasan: ED sangat suka montaj, lagu tema dan jalan ceritanya tentang seorang anak yang dibuang berani mencari ibu kandungnya yg kejam. Kalau ED, dah tak cari dah..

5. Alif Imani (Ratu TV9)
Ulasan: ED sangat suka montaj, lagu tema dan jalan ceritanya tentang seorang isteri yang mahu suaminya berkahwin dgn adik angkatnya kerana masalah kesihatan. Lakonan Fasha Sandha tetap terbaik.

4. Lari Mira (Lestary TV3)
Ulasan: ED suka sinematografinya, jalan ceritanya lain daripada yang lain serta info menarik di negeri Acheh. Drama ni kaya dgn pelbagai informasi.

3. Kau, Aku, Kita (Lestary TV3)
Ulasan: ED suka lagu tema dan jalan ceritanya yg bersahaja serta para pelakonnya berjaya menghidupkan watak. Memang feeling dibuatnya. Janna Nick dan Syarul Ridzwan memang serasi giler dlm drama ni.

2. Dia Isteri Luar Biasa (Akasia TV3)
Ulasan: ED suka sangat2 montaj drama ni yg cantik, sinematografinya, latar tempatnya, lagu tema dan jalan ceritanya yg kontroversi tetapi ada mesej disebalik drama ni. Memang ternanti2 nak tengok setiap episod drama ni.


1. Teman Lelaki Upahan (Akasia TV3)
Ulasan: Ramai yg dah dapat teka. Semua tentang drama ni ED suka. Drama ni buat ED kemaruk nak tengok sebab jalan ceritanya yang best, para pelakon yg hebat berlakon serta diarahkan oleh pengarah yg kreatif. Memang drama ni kesukaan sangat2 pada tahun ini.

Kesimpulannya, ED suka sesebuah drama berdasarkan bakat pelakon, jalan ceritanya, montajnya dan lagu temanya. Jangan marah ED jika drama kesukaan anda tak tersenarai sebab inilah carta drama kesukaan ED sepanjang tahun ini. Citarasa orang kan lain2. Nak tahu ED suka tengok sesebuah drama, ED akan update status di instagram ketika menontonnya. Yang mana tahu, mereka dah boleh baca perangai ED. Udada Ubabye!!



ED: selamat tahun baharu 2016!

Rabu, 30 Disember 2015

(Sembang) 9 gambar yang mendapat likes tertinggi di instagram EDtv 2015

9 gambar yg mendapat likes tertinggi di instagram EDtv sepanjang 2015..


1 #kauakukita 
2 #tundukkanharraznaufal 
3 #hidayahmuramadan
4 #tundukkanharraznaufal 
5 #CintaSiWeddingPlanner 
6 #rinduawak200peratusraya 
7 #seindahtakdircinta 
8 #jodohkeuolls 
9 #kauakukitaraya 
#bestnineofinstagram #bestnine2015

Kalau anda nak tahu 9 gambar yg mendapat likes tertinggi di instagram anda, klik ni http://2015bestnine.com/edtv_zahidi?c=1 . Udada Ubabye!!



ED: Terima kasih tukang likers!

(Sembang) Mangga dan betik melancarkan buang air besar

Wah, lancarnya pembuangan air besar di pagi hari...

Kesan makan mangga dan betik malam tadi.. ED memang suka makan buah dengan asam kulit limau..

Alhamdulillah, perut rasa selesa dan segar. Jika anda ada masalah buang air besar tak lancar, boleh cuba makan ni. InsyaAllah oke. Tak perlu produk bagai. Udada Ubabye!!



ED: buang air besar itu sihat

Selasa, 29 Disember 2015

(Akasia TV3) Sinopsis drama Cinta Si Wedding Planner

Esok drama terbaharu Cinta Si Wedding Planner di slot Akasia TV3. Berikut sinopsisnya..


Mira Filzah dan Adi Putra.

Sinopsis:

Izara Batrisya (Zara), si wedding planner, tidak menduga cinta yang disulam bersama sepupunya, Bazli selama 4 tahun musnah kerana sebuah hakikat. Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Walau terkadang Zara sering tertanya perasaan dihatinya itu benar-benar cinta atau hanya kasihkan Bazli sebagai seorang abang. Namun jodoh sememangnya bukan milik mereka. Satu hakikat yang selama ini dirahsiakan oleh Mak lang dan Pak Lang memudarkan rasa kasih di hati Zara.

Pertemuan Fariz dan Zara kerana berebutkan tempat parkir kereta telah mendatangkan satu perasaan kepada Fariz. Fariz Adryan (Fariz), bekas tentera laut pernah dicurangi Shirah, kekasih yang hampir menjadi tunangannya, sehingga tertutup pintu hati untuk sebarang wanita. Kerana itu juga, Fariz selalu sahaja bersikap tegas dan ego apabila berdepan dengan Zara. Berlaku pertemuan demi pertemuan yang tak disangka antara Zara dan Fariz. Pertemuan di kampung halaman Zara secara kebetulan membuka ruang yang lebih untuk Fariz mengenali Zara.

Meski Fariz selalu mengejek dan menguji Zara, hanya lelaki itu dapat membuatkan Zara melupakan Bazli. Dalam kerasnya hati lelaki itu, ada juga penyayangnya. Mereka saling mengenali dan berkahwin. Karakter Fariz yang panas baran telah berubah menjadi suami yang sangat baik dan begitu juga Zara yang menjadi isteri sempurna kepada Fariz. Sehinggalah, cinta pertama Fariz, Shirah muncul kembali dan menyebabkan rumahtangganya berantakan. Zara yang kecewa dengan perubahan sikat Fariz, menuntut cerai dan membawa diri ke bumi Auckland.

Apakah tindakan Fariz, dan adakah musnah rumah tangga mereka? Ikuti kesudahan drama lakonan Mira Filzah dan Adi Putra yang pasti mencuit hati anda dalam Cinta Si Wedding Planner.

Cinta Si Wedding Planner yang diadaptasi daripada novel nukilan Dhiyana terbitan Karya Seni ini turut dilakonkan Fadlan Hazim, Shikin Kamal, Shima Anuar, Rosnah Johari, Dian P.Ramlee, Wan Sharmila, Idris Md. Diah dan ramai lagi. Drama 28 episod ini hasil terbitan Primeworks Studio, diarahkan oleh Along Kamaluddin manakala skrip ditulis oleh oleh Mufid Suhaimi. Udada Ubabye!!


ED: macam best ni...

Isnin, 28 Disember 2015

(Akasia TV3) Drama Cinta Masam Manis, akan datang 2016..

Wah, otai masih berbisa! Nantikan sebuah lagi drama terbaharu slot Akasia TV3 pada tahun 2016 iaitu..

Drama Cinta Masam Manis gandingan Zamarul Hisham dan Izara Aishah. Mereka hero dan heroin drama ini.

Danny pun ada juga dalam drama ini..

Setelah drama Cinta Balqis, kini Zamarul Hisham kembali lagi sebagai hero di slot Akasia. Bagaimana erk keserasian Zamarul dan Izara nanti? Mesti mencuri perhatian punya. Udada Ubabye!!



ED: drama ini arahan Eoon Shuhaini..

Ahad, 27 Disember 2015

(Sembang) Uyaina hos Nona 2016

Inilah hos Nona 2016..

Uyaina Arshad
ED dah agak dari awal, Uyaina mesti jadi hos Nona 2016 sebab dia ada identiti tersendiri.

2016, saksikan Uyaina secara solo sebagai hos Nona. Udada Ubabye!!



ED: hos Nona berhijab lagi pada tahun depan

Jumaat, 25 Disember 2015

(Sembang) Jualan Penghabisan Stok Al-Ikhsan di Bateri

Pagi tadi, ED tak nak melepaskan peluang ke Jualan Penghabisan Stok Al-Ikhsan di Bateri. Baru mula hari ini.

ED datang awal 5 minit sebelum kedai dibuka. Lihat ni, orang dah beratur panjang.

Jualan gudang. Ada diskaun sehingga 70%.

Inilah Bateri. Tempat ni memang namanya Bateri.

Jualan murah ni sehingga 3/1/16. Ini butirannya.

ED sengaja datang awal hari pertama kerana ada benda ED nak beli. Alhamdulillah, dapat oun barang yg ED nak beli dgn diskaun 70%. Benda tu rahsia. Udada Ubabye!!



ED: rambang mata..

Khamis, 24 Disember 2015

(Sembang) Biodata Nabi Muhammad SAW

Jom ulangkaji balik, biodata Nabi Muhammad SAW. Mana tahu, ada yang dah terlupa..

Instamadah EDtv sempena Maulidur Rasul.

BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan  20 April 571 Masehi (dikenali sebagai   Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa   Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN  (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja..
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuh- kan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam'ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم
Nabi Muhammad SAW - Manusia agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. 
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa. - Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik..
Wallahua'lam Bissawab ....
Pakat share ramai2 sempena hari ni.. Hari Keputeraan Kekasih kita Rasulullah SAW..
Sumber: facebook

Salam Maulidur Rasul kepada pembaca blog EDtv yg beragama Islam. Udada Ubabye!!



ED: Nabi Muhammad SAW kekasih Allah.

Rabu, 23 Disember 2015

(Tahniah) Episod akhir drama Kau, Aku, Kita catat 4.7 juta penonton

Sambil tepuk tangan, ED nak ucapkan secakerawala tahniah kepada semua team produksi drama Kau, Aku, Kita kerana..

Episod akhir drama Kau, Aku, Kita lakonan Janna Nick, Syarul Ridzwan dan ramai lagi mencatat 4.7 juta penonton. Banyak tu....

Drama ini sekaligus merupakan drama tv3 dgn rating tertinggi setakat ini. Memang meriah suasana ketika episod akhir drama ini. Dah macam tengok anugerah berprestij. ED yakin, semua puas hati tengok drama ini. Udada Ubabye!!



ED: turut gembira..

(Zlurpp!!) Restoran Warisan Wak Radol Taman Kemas

Balik dari Angsana, selepas Maghrib, ED singgah ke Restoran Warisan Wak Radol Taman Kemas.

Restoran Warisan Wak Radol Taman Kemas.

Sate Wak Radol yg popular di JB. Sebut je, seluruh warga JB tahu. Sate daging secucuk 70 sen.

ED makan mi rebus. Memang terbaik rasa kuahnya dan dapat banyak. Zlurpp!!

Cewah, ED minum sirap limau. Hehe..

ED cadangkan datang selepas Maghrib jika nak makan di sini sebab ramai orang kalau dah pukul 8.00 malam ke atas.

Berbaloi makan di sini. Puas hati. Udada Ubabye!!



ED: Alhamdulillah..

(Aidilfitri TV3) Telemovie Hello Mr. Perfect Raya, akan datang 2016..

Wah, drama Hello, Mr. Perfect pun akan dibuat telemovie Raya juga pada tahun 2016.

Ruhainies dan Fattah Amin akan menemui penonton pada Syawal tahun depan menerusi telemovie Hello, Mr. Perfect Raya.

Apapun pendapat orang tentang lakonan Ruhainies, ED ok je tengok drama Hello Mr. Perfect. Itulah identiti yg berbeza setiap pelakon.

Tahun depan bila dah nak dekat raya, ingat ye... Telemovie Hello, Mr. Perfect Raya akan ada di TV3. InsyaAllah. Udada Ubabye!!



ED: kertas kerja telemovie ni pun dah siap..

(Sembang) Dapat jemputan media ke Malam Kalimah Cinta bersama Opick dan Hafiz Hamidun

Hai, semalam ED terima jemputan media ke Malam Kalimah Cinta bersama Opick dan Hafiz Hamidun di Istana Budaya.

Kad undangan yg ED terima..

Berikut butiran malam persembahan tersebut:

TARIKH                               

23b November 2015 (Rabu) -

Opick menampilkan Ronnie Hussein &Siti Nordiana

 24hb November 2015(Khamis)  - 

Hafiz Hamidun menampilkan Lah Ahmad

25hb November 2015(Jumaat)  -

 Hafiz Hamidun menampilkan Lah Ahmad


MASA PERSEMBAHAN               

8.30 malam – 10.30 malam

MASA PENGAMBILAN TIKET

 7.30 malam – 8.15 malam

LOKASI                                      

 Panggung Sari, Istana Budaya

Kalau anda nak pergi, rujuk butiran di atas ye. Kena beli tiket dahulu. Sebab ED blogger, ED dapat tiket free atas jemputan media. Hehe.. ED tak dapat pergi sebenarnya sebab sibuk dengan study. Apa2 pun, anda yang dekat boleh pergi ramai2 ye.. Lagu Opick dan Hafiz Hamidun sedap2 belaka. Udada Ubabye!!



ED: terima kasih kpd pihak penganjur

Selasa, 22 Disember 2015

(Tundukkan Harraz Naufal) Mawar Rashid sebagai Elfira dan pelakon lain

Ini dia watak Elfira dalam drama Tundukkan Harraz Naufal adaptasi novel Tundukkan Playboy Itu serta pelakon2 lain yg membintangi drama ini.

Mawar Rashid sebagai Elfira.

Babak Elfira dan Harraz Naufal.

Mawar Rashid shooting hari ini

Maria Farida dan Ridzuan Hashim.


Yang baju pink tu Faris Zoren

Hafidz Roshdi, Alif Satar dan Joe Merong, pengurus produksi.

Amacam? ED dimaklumkan bahawa ini antara drama termahal drama slot Akasia 2016. Udada Ubabye!!



ED: EDtv blog rasmi drama ini

(OST) Aliff Aziz & Kilafairy - Warna Cinta filem Dilwale

ED baru dengar lagu Warna Cinta, nyanyian Aliff Aziz dan Kilafairy. Lagu ni versi Bahasa Melayu daripada lagu Gerua filem hindi popular sekarang, Dilwale. Anda dah dengar belum?

 Kilafairy dan Aliff Aziz.
Sumber: Insta Online


Best juga..

Tahniah kepada Aliff Aziz dan Kilafairy kerana dipilih menjadi penyanyi versi Melayu bagi lagu Gerua ini. Udada Ubabye!!


ED: sesuai!

(Gambar) Wedding Of The Year di Indonesia, Nabila Syakieb watak Yasmin TV3

Pelakon sinetron Yasmin di TV3, Nabila Syakieb baru sahaja berkahwin pada hari kelmarin. Perkahwinannya sangat mewah dan gah. Jom tengok gambar2 ini..

Nabila Syakieb dan pasangannya Rashwara Adinal. Lihatlah, grand tak grand....

Keknya, bunga2 nya... Mampu tengok je.. Tema perkahwinan mereka ialah perkahwinan diraja Britain..

Majlis pernikahan. Suaminya mengucapkan lafaz akad guna Bahasa Arab sebab Nabila Syakieb ni berketurunan Arab.

ED minat lakonan Nabila Syakieb ni..


Cantik kan?

Selamat pengantin baharu. Suami Nabila 8 tahun lebih muda daripada Nabila.
Sumber gambar: instagram

Dari dulu ED suka tengok sinetron lakonan Nabila Syakieb ni. Kalau dia bawa watak sedih, memang menjadi. Udada Ubabye!!



ED: suka tengok gambar kawen dia..

(Aidilfitri TV3) Telemovie Kau, Aku, Kita Raya, akan datang...

Bergembiralah kepada penonton dan peminat setia drama Kau, Aku, Kita kerana...

Drama Kau, Aku, Kita akan disambung lagi pada raya 2016 dalam bentuk telemovie pulak. Semestinya lakonan Janna Nick dan Syarul Ridzwan.

Kertas kerja dah siap, jadi kita tunggu sahaja telemovie Kau, Aku, Kita Raya pada raya nanti di TV3. Udada Ubabye!!



ED: suka.. suka.. suka..

Isnin, 21 Disember 2015

(Dahlia TV3) Drama Inikah Cinta, akan datang 2016..

Hai, ini sebuah lagi drama terbaharu slot Dahlia 2016..

Drama Inikah Cinta lakonan utama Niezam Zaidi dan menampilkan heroin baharu, Farah Aurawhite.

Muammar dan Rose watak mereka. Istimewanya drama ini, ada kerjasama daripada Universiti Utara Malaysia.

Farah ni juara pencarian wajah Aurawhite.

Nantikan drama Inikah Cinta pada tahun depan di slot Dahlia TV3. Udada Ubabye!!



ED: drama ini ada suasana kampus, macam best ni..

(OST) Suka sangat lagu Janam Janam filem Dilwale

Serius, berkali-kali ED dengar lagu ni sebab sedap sangat..

 Kajol sangat cantik dalam filem ini.. Lebih2 lagi shot yang ni..

Lagu ini bertajuk Janam Janam

Melodinya, gesekan violanya serta video klip lagu ini tersangat indah. Memang feeling la dengar. Udada Ubabye!!



 ED: masih dengar lagi ni...

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi