Jumaat, 29 Januari 2016

(Sembang) Jom cadangkan novel untuk didramakan!

Hari ini seorang pengarah drama meminta bantuan ED untuk mencadangkan novel untuk didramakan. Disebabkan ED bukan kaki novel, ED serahkan kepada anda untuk mencadangkan novel yang tengah popular sekarang ini..


Anda boleh cadangkan melalui komen di blog ini, facebook, twitter dan instagram EDtv. InsyaAllah, cadangan terbanyak, ED akan sampaikan kpd pengarah drama tersebut. Siapa pengarah itu? Biarlah ED rahsiakan dahulu. Bagitahu kawan2 anda ye untuk cadangkan sekali. Bukan senang ada pengarah yg minta cadangan daripada kita kan? Bertindak segera. Udada Ubabye!!



ED: peluang menarik kan?

19 ulasan:

  1. seriously dah lama angan2 nak novel karya Lynn Dayana didramakan. tak kisah la mana2 novel pun, semua best �� kalau dapat la, rasanya sy org paling happy kot haha

    BalasPadam
  2. seriously dah lama angan2 nak novel karya Lynn Dayana didramakan. tak kisah la mana2 novel pun, semua best �� kalau dapat la, rasanya sy org paling happy kot haha

    BalasPadam
  3. Novel Dia yang kujadikan suami... Serius best novel tu sbb lain dr yg lain.. Heroin watak jahat n kuat tak mcm novel lain :)

    BalasPadam
  4. Karya Rudy Hirdy keluaran PTS...Aku Bukan Malaikat & smbgnnya Dia Bukan Nabi..byk pengajaran esp Aku Bukan Malaikat

    BalasPadam
  5. Saya cadangkan novel Selagi Bintang Masih di Langit terbitan PTS atau novel Cintaku Hanya Kamu terbitan Pekan Ilmu Publications SDN BHD

    BalasPadam
  6. Novel tulips Ilya Abdullah 566 hari mencari cinta pon hebat atau novel tulisan haiza najwa

    BalasPadam
  7. Saya cadangkan novel Selagi Bintang Masih di Langit terbitan PTS atau novel Cintaku Hanya Kamu terbitan Pekan Ilmu Publications SDN BHD

    BalasPadam
  8. Saya ada beberapa cadangan
    1. Layakkah Aku? karya Zuera Rasiddin (penulis Teman Lelaki Upahan)

    2. Biarkan Ia Berlalu karya Sha Ibrahim (penulis Sha & Shah)
    Antara my favourite novel sebab mengandungi cerita berkait mengenai kekeluargaan. Pasal Nadia, main boss at Friends Coporation yang ditubuhkan untuk membalas dendam kat parents ex-bf dia. Sebab dia dendam, family tu penyebab keluarga mereka jatuh miskin & bapa dia mati. In the same time, dia ada perasaan kat Syafiq, ketua bahagian acc or something like that. Btw, dia menyamar sebagai PA Syafiq and no one knows about her real status.

    3. Di Sini Ada Cinta karya Sha Ibrahim (penulis Sha & Shah)
    Juga ada tema kekeluargaan dan cinta. This girl (tak ingat nama), bertahun berpisah dengan ayah dan 2 orang abang kembar dia lepas parents diorang bercerai. (Dia balik ke ayah dia lepas mak dia meninggal...) Banyak menangis hahaha... konflik dia tersangatlah best. All timwpe favourite! Sebab apa cerai, dalang di sebalik tu, kebenaran yang tak dijangka.

    Dalam semua, saya paling suka Di Sini Ada Cinta :)

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum w.b.t

    Saya dengan penuh harapan mencadangkan novel " AWAK JANGAN NAKAL" karya "MURNI AQILA"..
    Cerita dlm novel ini sgtla lain drpd yang lain. Mengisahkan seorang perempuan yang rabun warna bertemu dengan seorang lelaki yang sangatla nakal mengacau perempuan perempuan yang berada di sekelilingnya. pelbagai kisah menarik yang lucu , sedih dan sangatlah menyentuh hati kerana mereka terpaksa berkahwin sedangkan hati perempuan yang rabun iaitu Ayu berpihak pada yang lain. Best sangat sangat !! :D

    BalasPadam
  10. 1) Isteri Tuan Ihsan - Sara Kyoko
    2) Seseorang Untuk Aku - Rehan Makhtar
    3) Bukan Kekasih Tetapi Isteri - Ailah Diela
    4) Mr & Mrs Sweet - Q Aulia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  11. 1)MR & MRS SWEET - Q AULIA
    2)MURIDKU SUAMI AKU? - CAHAYA AIN

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi