Pelakon utama, Fezrul Khan dan Janna Nick. Sedih cerita ni..
SINOPSIS
Qaisara merupakan
anak tunggal kepada Pak Latiff (50an) dan Mak Dah (50an). Fuad pula adalah anak
yatim piatu, dan dibesarkan di sebuah rumah anak-anak yatim di Selangor. Perkenalan
mereka di university sehingga membawa ke
jinjang pelamin. Perkahwinan Qaisara dan Fuad mendapat restu kedua ibubapa
Qaisara iaitu Pak Latiff dan Mak Dah, walaupun sebenarnya Mak Dah tidak berapa
suka Qaisara berkahwin awal kerana sebelum ini Qaisara sudah berjanji untuk
membantu keluarga selepas berkahwin. Kehidupan mereka bahagia.
Sehinggalah pada
suatu malam apabila rumah yang diduduki Qaisara dan Fuad itu telah dimasuki
pencuri. Fuad terpaksa bergelut dengan kedua-dua pencuri itu dan akibatnya Fuad
dipukul di kepala sehingga menyebabkan
Fuad pengsan dan tidak sedarkan diri. Fuad mengalami kecederaan serius di
kepala. Fuad menghidap penyakit skizofenia (penyakit mental) tahap permulaan
yang turut sama melibatkan emosinya, namun dalam proses pengesahan oleh pihak
hospital
Qaisara menjaga Fuad,
suaminya dengan penuh kasih sayang dan segala duit simpanan digunakan untuk
keperluan Fuad. Fuad pula tidak lagi seceria dulu dan lebih banyak berdiam
diri. Kadangkala Fuad bercakap seorang diri dan kadangkalanya memberontak kesan
daripada kecederaan mentalnya itu sehingga membimbangkan Qaisara Sebulan
berlalu, cuti Qaisara sampai ke penghujungnya. Qaisara semakin bingung kerana
dia bimbang hendak tinggalkan Fuad keseorangan di rumah. Qaisara tidak mahu tinggalkan
Fuad kepada penjaga atau orang gaji kerana dia tahu yang Fuad tidak suka.
Qaisara juga baru menerima arahan daripada majikannya untuk bertugas di
cawangan baru syarikat itu di Johor. Qaisara serba salah dan akhirnya Qaisara
membuat keputusan untuk menumpangkan Fuad di rumah emak dan ayahnya di kampung.
Pada mulanya Mak Dah keberatan menerima permintaan anaknya Qaisara itu, tetapi
setelah dipujuk akhirnya Mak Dah terima juga. Fuad pula memberontak kerana
tindakan Qaisara menghantarnya ke rumah mertuanya itu.
Apa yang terjadi
kepada Fuad? Kenapakah Qaisara sanggup menghantar Fuad ke kampungnya untuk
dijaga oleh Mak Dah? Bagaimana penerimaan Mak Dah dengan kehadiran Fuad di kampung?
Qaisara mulai menemui cinta baru di pejabatnya? Semua persoalan itu bakal
terjawab dalam telemovie Hilangnya Kasih.
Telemovie hebat ini arahan Shuhaimi Lua terbitan Tanah Beris Film Production. Antara pelakon lain yang membintangi telemovie ini ialah Normah Damanhuri, Balqish, Eqbal Said dan Hilal Azman. Tengok iklan pun dah terasa kesedihan telemovie ini. Udada Ubabye!!
ED: mula pukul 8.30 malam..
seriously x sabar nak tengok cerita niyhhh..saya memang minat betul dengan janna nick since cerita jodoh lagi..setakat niyh lakonan dia memang tidak menghampakan dan menjadi :)
BalasPadamMaaf lambat balas balik Kampung kasih
BalasPadam