Sabtu, 4 Jun 2016

(Sembang) 25 sebab ED suka drama Mr. Boss Miss Stalker

Hai, seperti yang ED beritahu sebelum ini, pada episod akhir drama  Mr. Boss Miss Stalker hari ini, ED akan senarai 25 sebab ED suka tengok drama  Mr. Boss Miss Stalker.

 
Pelakon utamaAshraf Muslim dan Mia Ahmad.

25 Sebab ED suka tengok drama  Mr. Boss Miss Stalker:

1. Pertama sekali, ED suka montaj pembukaan drama ini. 

2. Lagu tema drama ini Dekat Tapi Jauh nyanyian Forteen sangat sesuai dengan drama ini.

3. Pujian perlu diberikan kepada Mia Ahmad kerana berjaya membawa watak komedi dengan baik sekali. Serius, memang terhibur tengok lakonan dia.

4. Seterusnya, kemunculan kembali Ashraf Muslim serta lakonannya sebagai Mr. Boss sangat kena dan sesuai! Mantap!

5. Semua pelakon berjaya membawakan watak dengan baik sekali seperti Miera Liyana, Riz Amin, Kodi Rashid da ramai lagi.

6. Jalan cerita drama ini sangat kemas dan tak jemu ditonton.

7. Lokasi penggambaran drama ini cantik dan mewah! Kagum menontonnya!

8. Penggambaran drama ini juga cantik dengan angle yang sedap dipandang mata.

9. Hero dan heroin tiada babak bersentuhan dan tiada babak kontroversi mata.

10. Dialog dan bahasa mata Ashraf Muslim dan Mia Ahmad sudah cukup menggambarkan sweetnya drama itu..

11. Bercakap tentang sweet, memang sweetnya lahai drama  Mr. Boss Miss Stalker. ED yakin, ramai yang selalu senyum seorang diri bila menonton drama ini.

12. Selain sweet, semua elemen perasaan dimasukkan dalam drama ini seperti suka, duka, suspens, romantik dan semua rasa la....

13. Babak yang paling ED suka, Hariz lamar Sara di pusat tahfiz.

14. Babak yang tak boleh lupa, cara Sara Azreen berlari macam itik dalam drama ni.. Memang tabik spring kat Mia!

15. Chemistry Mia Ahmad dan Ashraf Muslim dalam drama ini sangat serasi seperti Nutella dan roti. Memang kena!

16. Setiap kali nak habis, mesti babaknya buat penonton tak puas hati dan tertanya2 apa akan berlaku seterusnya. I like!!!

17. Tiada satu episod pun yang membosankan dalam drama ini. Mata selalu tertuju pada drama ini.

18. Lagu latar  sesuai dan terbaik! Tahniah untuk penyunting drama ini! Good job!

19. Kostum pelakon dalam drama ini cantik dan menarik! Lebih2 lagi baju pernikahan Sara Azreen.

20. ED suka tengok ikatan kekeluargaan yang mesra dan semangat setia kawan dalam drama ni..

21. Maaf, ED suka drama ni sebab ada lokasi penggambaran di Johor Bahru. Hehehe..

22. Permulaan drama yang kelakar, lepas tu sweet dan penghujungnya mendebarkan dan sedih sangat disukai. Tidaklah mendatar jalan ceritanya. Terbaik!!

23. Drama ini juga mengeratkan silaturahim ED bersama pengarah, pelakon dan peminat2 drama ini. Alhamdulillah.

24. Serba-serbi terbaik drama ni... Sempurna!

25. Paling penting, semua team dalam drama ni tak sombong walaupun drama ini meletus ke angkasa lepas (popular). Mesra peminat. Baik pengarah, mahupun pelakon. Respek!!

Okelah, korang pun dah tercungap2 baca. Akhir kata, terima kasih kepada semua team  Mr. Boss Miss Stalker atas karya yang dahsyat ini dan terima kasih juga kepada peminat2 yang suka baca ulasa ED dan buat EDtv lebih dikenali. Udada Ubabye!!



ED: Selamat berpuasa!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi