Rabu, 31 Ogos 2016

(Sembang) Selamat Hari Kebangsaan

Hai, ED nak ucapkan Selamat Hari Kebangsaan kepada semua rakyat Malaysia.


Tema tahun ini Sehati Sejiwa. Beruntung kita menjadi rakyat Malaysia. Udada Ubabye!!



ED: Merdeka!!

Selasa, 30 Ogos 2016

(Sembang) 8 sebab ED suka tengok drama Sayangku Kapten Mukhriz TV3

Hai, ED yakin anda tahu ED suka tengok drama Sayangku Kapten Mukhriz di TV3.  Berikut ED senaraikan 8 sebab ED suka tengok drama Sayangku Kapten Mukhriz di TV3. 

Pelakon utama, Raja Afiq dan Niena Baharun. Antara babak episod akhir hari ini.

8 sebab ED suka tengok drama Sayangku Kapten Mukhriz:

1. Pertama sekali, jalan cerita di mana perempuan melamar lelaki. Lain drpd yg lain.

2. Walaupun ada yang kecam watak Dr. Ariana gedik dan tak sesuai, bagi ED lakonan Niena Baharun sangat menjadi dalam drama ni.. Abaikan haters.

3. Tutur kata lembut Raja Afiq sebagai Ustaz Mukhriz juga menjadi. Nampak sopan je.. ED suka tengok bila Ustaz Mukhriz jual mahal pada Dr. Ariana.

4. Pengacau dalam drama ni iaitu Zakuan dan Awina lakonan Hafizul Kamal dan Reen Rahim juga berkesan. Marah penonton tengok watak mereka. 

5. Tipulah kalau ED kata drama ni tak sweet. Banyak juga babak sweet antara Dr. Ariana dan Ustaz Mukhriz.

6. Setiap penghujung episod drama ni, mesti babaknya suspend. Bikin penonton sentiasa nak tahu episod seterusnya. Garapan drama yg baik.

7. Kalau kita ikuti semua episod drama ini, kita akan dapat tahu sifat sebenar Dr. Ariana yang setia pada cinta, bukan suka2 nak gedik dgn Ustaz Mukhriz. Bila ED dapat tahu tentang ni, lagilah ED nak tahu kisah mereka seterusnya.

8. Plot drama ini, semakin nak tamat, semakin dahsyat jalan ceritanya. I like it!


Saksikan episod akhir Sayangku Kapten Mukhriz hari ini. Ada kisah bahagia Awina dan Shamsul hari ini.

Episod hari ini juga memaparkan babak Zakuan kena tumbuk dengan Ustaz Mukhriz. Padan muka!

Pokoknya, episod final Sayangku Kapten Mukhriz petang nanti akan memberikan kepuasan kepada penonton. Terima kasih kepada semua team Sayangku Kapten Mukhriz yang terbaik. Udada Ubabye!!



ED: best drama ni...

Isnin, 29 Ogos 2016

(Tahniah) Tarikh pernikahan Aliff Aziz dengan Bella Astillah

Ramainya selebriti akan berkahwin pada bulan September ini. Hero drama Meh, Sandar Pada Aku, Aliff Aziz juga akan bernikah pada bulan depan.

Aliff Aziz dan bakal isteri, Bella Astillah

Aliff Aziz akan bernikah pada 9 September ini dan majlis pernikahan akan diadakan secara tertutup. Selamat mendirikan buat pasangan Aliff dan Bella. Udada Ubabye!!



ED: tahniah!

(Jom Kenal) Cantiknya Dawn Zulueta watak Zenaida drama Bukas Na Lang Kita Mamahalin

Banyak2 drama Filipina yg ED tengok, ED rasa ini watak ibu paling cantik. Dawn Zulueta watak Zenaida, ibu kepada Miguel dalam drama Bukas Na Lang Kita Mamahalin.
Jom kenali dia dengan lebih dekat lagi..

Dawn Zulueta, pelakon drama, filem dan model. Berusia 47 tahun.

Dawn Zulueta bersama suaminya.

Dawn Zulueta bersama sepasang anaknya.

Di Filipina, Dawn Zulueta terkenal dengan gandingan lakonannya bersama Piolo Pascual.

Dawn Zulueta semasa berusia 17 tahun.

Dawn Zulueta 47 tahun. ED rasa, semakin berusia, semakin cantik dia ni..

Sumber gambar: ig dawnzulueta

Lakonan Dawn Zulueta dalam drama Bukas Na Lang Kita Mamahalin juga berkesan. Pokoknya, ED suka tengok ekspresi dan lakonan dia. Saksikan terus drama Bukas Na Lang Kita Mamahalin di slot Telenovela TV3. Udada Ubabye!!



ED: awet muda...

(Study) Terima surat konvo

Alhamdulillah, ED dah terima surat yang mengesahkan ED boleh konvo pada tahun ini.

Surat konvo

InsyaAllah konvo bulan 10 ni. Udada Ubabye!!



ED: gembira

Ahad, 28 Ogos 2016

(Sembang) Terima cek Nuffnang lagi...

Alhamdulillah, rezeki berblogging.

Terima cek iklan Nuffnang

Bestnya buat blog ialah boleh dapat duit tepi macam ni. Terima kasih kepada anda yg klik iklan Nuffnang di blog EDtv. Udada Ubabye!!



ED: jumlahnya, adalah... 

Sabtu, 27 Ogos 2016

(Drama Hindi TV3) Sinopsis drama Razia Sultan

Berikut sinopsis drama Hindi pertama di TV3, Razia Sultan.
Diinspirasikan daripada kisah sejarah Razia Sultan, drama bersiri 85 episod ini diterbitkan oleh Swastik Productions dari Mumbai, India dan membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Pankhuri Awasthy, Zara Barring, Sooraj Thapar, Khalida Turi, Sambhavna Seth serta Ankit Arora.

Sinopsis:

Drama Razia Sultan ini mengisahkan tentang Razia, anak perempuan kepada Shams-Ud-Din Iltumish dan juga cucu kepada Qutub-Ud-Din Aibak. Beliau dibesarkan seperti seorang anak lelaki dan dilatih untuk menguasai ilmu pedang dan menunggang kuda. Pada usia yang muda, Razia telah menunjukkan minat dalam hal ehwal politik dan bercita-cita untuk memperjuangkan hak sama rata antara lelaki dan perempuan. 
Razia juga merupakan seorang Puteri yang berjiwa rakyat dan pemurah hati. Beliau selalu menyelinap keluar dari istana untuk membantu golongan miskin pada zaman kanak-kanak. 

Konflik bermula apabila Shah Turkan iaitu bekas perempuan simpanan Iltumish muncul bersama dengan anak lelakinya untuk merebut kuasa. Shah Turkan ingin menjadikan anaknya sebagai pewaris takhta. Iltumish berjaya menggagalkan muslihat tersebut dengan mengisytiharkan pemerintah Delhi yang seterusnya akan ditentikan dengan pertarungan. Pemenang tersebut akan menjadi pemerintah kerajaan Delhi baharu. 

Beberapa pertarungan yang hebat telah berlaku sehingga menyaksikan Nasser dan Rukn-Ud-Din yang berlawan untuk takhta pemerintahan Delhi. Sayangnya, Nasser telah dikalahkan oleh Rukn-Ud-Din. Razia mengesyaki Shah Turkan bertanggungjawab ke atas kekalahan abangnya, Nasser. Beliau berusaha untuk membuktikan bahawa Shah Turkan telah menggunakan helah untuk mengalahkan Nasser. 

Tergugat dengan kewujudan Razia dan Naseer, Shah Turkan telah merancang untuk membunuh seluruh keluarga diraja itu bagi memastikan hanya anaknya yang layak menjadi  pewaris takhta kerajaan Delhi. Suatu hari, Razia terkejut apabila menjumpai mayat abang serta seluruh keluarganya.
Apakah yang akan terjadi kepada Razia? Bagaimana Razia mengatasi kehilangan seluruh ahli keluarganya dan bangkit untuk melawan Shah Turkan dan Rukn-Ud-Din. 

Takdir atau pilihan? Perebutan takhta, pergolakan politik, pengorbanan cinta dan pengkhianatan datang menguji kecekalan dan kebijaksanaan sang Puteri yang ceria, pemurah dan juga seorang pahlawan yang berani menerusi drama bersiri Hindustan ‘Razia Sultan’ yang bakal bersiaran pada 31 Ogos 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 4.00 petang hingga 5.00 petang di TV3.

 Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama bersiri Razia Sultan (85 episod) bermula pada 31 Ogos 2016, setiap hari Isnin – Khamis, pukul 4.00 petang – 5.00 petang hanya di TV3! 
Sumber: galaksi media

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.
Udada Ubabye!!



ED: selamat menonton!

Jumaat, 26 Ogos 2016

(Lestary TV3) Sinopsis drama Mariam Alisa

Berikut sinopsis drama Mariam Alisa.

Pelako utama, Elvina dan Ben Amir

Sinopsis:

Drama Mariam Alisa mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang cantik. Dia tinggal berdua bersama ayahnya yang uzur dan lumpuh. Nama gadis itu Mariam Alisa (Elvina). Ayah Mariam berasa tidak selesa bila dirinya dijaga dan dirawat oleh anak daranya itu. Dia mencadangkan agar Mariam bernikah dengan Ustaz Haiqal memandangkan Ustaz Haiqal kerap melawat kedua beranak ini dan sering membantu Mariam. Biarpun Ustaz Haikal adalah seorang lelaki yang baik, hati Mariam tidak terbuka untuknya atau mana-mana lelaki lain. Ini kerana dia telah serik dipermainkan oleh lelaki yang berada.

Untuk menyara kehidupan dia dan ayahnya, Mariam menjual nasi lemak di sebuah gerai di kampung mereka itu. Begitulah rutin kehidupan Mariam setiap hari. Hendak dijadikan cerita, satu hari seorang lelaki bernama Farhan singgah di gerai itu untuk membeli nasi lemak.

Kecantikan Mariam membuatkan lelaki itu terpukau seketika sehingga langsung tidak mendengar pertanyaan Mariam. Mariam menyangkakan lelaki itu pekak. Malah dari cara pemakaian lelaki itu, Mariam membuat andaian lelaki itu adalah seorang yang tidak berada.

Semenjak pertemuan pertama itu, Farhan kerap singgah ke kedai Mariam. Tujuan sebenarnya bukan untuk membeli nasi lemak tetapi kerana ingin melihat Mariam. Mariam pula mula tertarik kepada Farhan, tetapi dia masih tidak tahu bahawa sebenarnya Farhan bukan seorang lelaki yang pekak.

Adakah Farhan akan berterusan berpura-pura pekak? Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah ini. Benarkah Farhan bukan lelaki berada? Bagaimana pula dengan permintaan ayah Mariam yang inginkan dirinya berkahwin dengan Ustaz Haiqal.

Sumber: notainfo.com


Antara barisan pelakon yang turut menjayakan Drama Mariam Alisa adalah Amirul Faqeem, Harris Zainudin, Aida Aris, Roy Azman, Nadia Aqilah, Najua PRamlee dan Zalikha Awaluddin.

Saksikan drama Mariam Alisa pada setiap Rabu hingga Jumaat dlm slot Lestary TV3. Udada Ubabye!!



Selamat menonton!

(Akasia TV3) Giliran drama-drama Akasia sehingga Februari 2017

Kepada yang terlepas, ED senaraikan balik giliran drama-drama slot Akasia TV3 sehingga Februari tahun 2017.

Drama Lara Terindah mulai 31 Ogos 2016.

Selepas itu, drama Cinta Masam Manis mulai 26 September 2016.

Selepas itu, drama Suamiku Paling Sweet mulai 7 November 2016.


Selepas itu, drama 7 Hari Mencintaiku mulai 26 Disember 2016.

Dan drama Biar Aku Jadi Penunggu akan menjadi drama pertama slot Akasia 2017.

Terima kasih kpd pemberi maklumat ini. Jangan cakap ED tak beritahu. Udada Ubabye!!



ED: korang tunggu drama yg mana?

Khamis, 25 Ogos 2016

(Akasia TV3) Tarikh siaran drama Biar Aku Jadi Penunggu

Hai, berikut tarikh siaran drama Akasia TV3, Biar Aku Jadi Penunggu...

Drama lakonan Ashraf Muslim dan Janna Nick ini dijangka tayang pada 13 Februari 2017. Tertakluk kepada perubahan.

Sabar ye, tahun depan baru drama ini bersiaran. Udada Ubabye!!



ED: nantikan....

(Tahniah) Tarikh pernikahan Nazim Othman dengan Bella Dally

Tahniah untuk pasangan Bella Dally dan Nazim Othman. Dengarnya ini tarikh pernikahan mereka. ED repost balik berita ni drpd instagram @malaysia1news

Bella Dally dan Nazim Othman
gambar: ig nazimothman

#Repost @malaysia1news with @repostapp
・・・
#1News Khabarnya, pasangan pelakon Nazim Othman dan Bella Dally bakal bernikah pada 10 September ini di Kota Kinabalu, Sabah. 
Pada hari yang sama, majlis persandingan pengantin perempuan juga akan diadakan.

Majlis di sebelah pihak pengantin lelaki pula akan berlangsung pada 17 September di Johor Bahru.

Tahniah semoga berbahagia buat kedua-dua pasangan 'sweet' ini. Udada Ubabye!!



Selasa, 23 Ogos 2016

(Akasia TV3) Tarikh siaran drama 7 Hari Mencintaiku

Ini jangkaan ED sahaja, berikut tarikh siaran drama adaptasi novel terhebat 7 Hari Mencintaiku. Eksklusif untuk pembaca blog EDtv.

Drama 7 Hari Mencintaiku mulai 26 Disember ini. Lakonan utama Shukri Yahaya dan Siti Saleha.

Sebelum ini, Siti Saleha dan Shukri Yahaya pernah digandingkan dalam sesi photoshoot majalah Femag Online.

SS, Shukri Yahaya dan Siti Saleha.
Gambar: facebook Siti Saleha

Nantikan drama 7 Hari Mencintaiku di slot Akasia TV3. ED dimaklumkan, drama ini akan tayang selepas drama Suamiku Paling Sweet. Udada Ubabye!!



ED: best ni..

Isnin, 22 Ogos 2016

(Video) Montaj pembukaan drama Meh, Sandar Pada Aku! TV3

Eksklusif untuk pembaca blog EDtv, anda yg pertama tengok video montaj pembukaan drama Meh, Sandar Pada Aku! Ekstra, anda dapat dengar sekali lagu tema drama ini nyanyian Aliff Aziz dan Mira Filzah. Comel sekali!


Jom tengok video montaj drama ini!



Bagaimana best kan? Cantik video montajnya! Nantikan drama Meh, Sandar Pada Aku di slot Dahlia TV3. Udada Ubabye!!



ED: Terima kasih Haji Zil!

Ahad, 21 Ogos 2016

(Telenovela TV3) Tarikh siaran drama Bukas Na Lang Kita Mamahalin

Drama Filipina terbaru di TV3. Bukan main susah nak sebut tajuknya...

Drama Bukas Na Lang Kita Mamahalin mulai 25 Ogos ini di TV3.

Pelakon utama, Gerald Anderson dan Dawn Zulueta

Gerald Anderson, Cristine Reyes dan Rayver Cruz

Para pelakon

Pelakon utama, Gerald Anderson sebagai Miguel Dizon

Sinopsis:

Cerita ini berkisar seorang anak lelaki diseksa, Miguel, kerana kejadian tragis yang berlaku kepada bapanya yang telah disabitkan dengan pembunuhan kerana didakwa membunuh seorang ahli politik, dan mati sdalam penjara. Kerana dia membesar menjadi seorang anak muda bermasalah yang sering berlaku, trauma masa lalu menghantui beliau pada masa kini apabila dia dituduh sebagai salah seorang suspek dalam kes rogol . Setelah dimasukkan ke dalam keadaan yang sama, dia percaya bahawa dia tidak akan menjadi seperti bapanya yang tidak pernah mempunyai peluang untuk membuktikan dia tidak bersalah. Dalam perjalanan dalam mencari keadilan untuk kesnya dengan bantuan ibu tercinta , beliau secara kebetulan menemui cara-cara yang boleh membersihkan namanya dan kebenaran di sebalik kewujudan bersama nasib mereka . Ia adalah kisah mencari keadilan terhadap semua kemungkinan dan undang-undang.

Nantikan drama ini di slot Telenovela TV3. Udada Ubabye!!



ED: best ni..

Sabtu, 20 Ogos 2016

(4 Gambar) Teaser Pre Wedding Nazim Othman dan Bella Dally

Baru teaser gambar pre wedding, dah cantik. Apatah lagi bila dah siap gambarnya nanti! Serius, ED suka tengok gambar teaser pra perkahwinan Nazim Othman dan Bella Dally di Bali ni.. Pemandangannya, sangat cantik!

Cantik shot ni! Bella Dally dan Nazim Othman.

Gambar ni pun dah cantik...
sumber: ig cstproduction

Di sebalik tabir penggambaran.
sumber: ig nazimothman

Bella Dally.
Sumber: ig belladally

Gambar pre wedding sudah, tinggal tunggu pengumuman drpd mereka sahaja lagi tentang tarikh walimahnya. Udada Ubabye!!



ED: tahniah!

(Akasia TV3) Tarikh siaran drama Suamiku Paling Sweet

Ramai yg tertanya2, drama Suamiku Paling Sweet bila tayang? Nah, ini jawapannya...

Drama Suamiku Paling Sweet dijangka tayang selepas tamat drama Cinta Masam Manis. Kalau ED kira, drama ini akan tayang pada 7 November 2016!

Lakonan Mawar Rashid, adik Nik Adam Mika, Syafiq Kyle, Natasha Mahyan dan ramai lagi.

Hero dan heroin drama ini.

Gandingan baharu slot Akasia.

Sabar menunggu drama Suamiku Paling Sweet ye.. InsyaAllah, tayang bulan 11 ni. Udada Ubabye!!



ED: ramai yg tunggu drama ni...

(Filem) Tombiruo, akan datang 2017

Dengarnya novel karya Ramlee Awang Murshid mempunyai peminat yang ramai. Mesti mereka teruja apabila novel Tombiruo karya Ramlee Awang Murshid dipilih untuk difilemkan. Berikut pelakon utama filem ini..

Zul Ariffin sebagai Ejim, Farid Kamil sebagai Amiruddin dan Nabila Huda sebagai Wan Suraya.

Zul Ariffin dipilih melakonkan watak utama iaitu Ejim atau Tombiruo.

Filem Tombiruo akan ditayangkan pada tahun hadapan. Sama2 kita nantikan. Udada Ubabye!!



ED: menarik ni!

Jumaat, 19 Ogos 2016

(Zlurpp) Durian Pekan Nenas

Musim durian dah bermula lama rasanya, tetapi hari ini barulah ED sekeluarga dapat menikmati buah durian pada tahun ini..

Durian kampung beli di Pekan Nenas

Antara nikmat syurga dunia, buah durian. Sedap sekali...

Alhamdulillah. Family ED selalu akan beli durian di Pekan Nenas jika musim durian. Sebabnya, sebab murahlah berbanding di JB. Udada Ubabye!!



ED: makan kena jaga, nanti badan panas...

(Akasia TV3) Tarikh siaran drama Cinta Masam Manis

Selepas tamat drama Sayangku Kapten Mukhriz, ganti drama Lara Terindah. Selepas drama Lara Terindah habis, drama Cinta Masam Manis akan menyusul.

Drama Cinta Masam Manis mulai 26 September 2016. Lakonan utama Izara Aishah dan Zamarul Hisham.

Drama ini dah tayang di Tonton. Okelah, nantikan drama ini di slot Akasia TV3. Udada Ubabye!! 



ED: harap maklum..

Khamis, 18 Ogos 2016

(Sembang) Orang Indonesia mahu belajar tentang blog dengan ED?

Perbualan ED bersama seorang followers baharu instagram EDtv semalam. Dia berasal dari Indonesia.

Kakak dlm bahasa Indonesia maksudnya abang.

Alamak, ED buat blog sekadar suka2 sahaja. Kalau ada apa yg ED boleh tolong, InsyaAllah ED akan tolong. Tak sangka, ada juga orang yg nak belajar tentang blog dengan ED. Orang dari Indonesia pulak tu... Udada Ubabye!!



ED: blog mengeratkan silaturahim

Rabu, 17 Ogos 2016

(Akasia TV3) Drama Lara Terindah ganti Sayangku Kapten Mukhriz

Drama ini akan menggantikan drama Sayangku Kapten Mukhriz dalam slot Akasia TV3.

Drama Lara Terindah mulai 31 Ogos. Lakonan utama Nelydia Senrose dan Nazrief Nazri.

Sepatutnya drama ni untuk slot Ratu TV9. ED pun tak tahu apa dah jadi dengan slot tu. Drama ini 14 episod sahaja. Udada Ubabye!!



ED: layan...

Selasa, 16 Ogos 2016

(Sekolah) Program Kuarantin UPSR

Hari ini ED busy dengan program kuarantin UPSR tahun 6.

Selepas program, hilangkan penat dgn bergambar.

Hahaha.. gang2 bergambar yg sporting.

Gambar ni boleh buat kenangan.

Penat juga sebab lepas habis kerja, sambung dengan program ni sampai pukul 6.10 petang. Udada Ubabye!!



ED: upsr dah nak dekat...

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi