Sabtu, 24 September 2016

(Akasia TV3) Sinopsis drama Cinta Masam Manis

Berikut sinopsis drama terbaharu slot Akasia, Cinta Masam Manis mulai 26 September ini.

Lakonan utama, Izara Aishah dan Zamarul Hisham.

Sinopsis:

Mengisahkan Hisham seorang duda yang mempunyai dua orang anak iaitu Hanna, 18 tahun dan Hanis, 12 tahun. Bekas isterinya, Tasha meninggalkan beliau untuk meneruskan kejayanya di luar negara. Sejak dari itu, keutamaan diberikan kepada anaknya dan mendapati dirinya sukar untuk jatuh cinta lagi sehinggalah dia bertemu dengan Zaleha. Zaleha adalah seorang gadis muda ceria yang 20 tahun lebih muda daripada Hisham. Kedua-dua mereka jatuh cinta tetapi terperangkap dalam konflik di antara anak-anak, keluarga dan bekas isteri.

Apabila Hisham memperkenalkan Zaleha kepada anak-anaknya, Hanna menentang sekeras-kerasnya hubungan mereka kerana merasakan Zaleha hanya mengejar kekayaan ayahnya. Tambahan pula, perbezaan umur antara mereka tidak terlalu jauh membuatkan Hanna tidak senang. Sebaliknya, Hanis berasa gembira buat ayahnya kerana dia merasakan tiba masanya untuk ayahnya mengecapi kebahagian sendiri.

Malangnya, bukan sahaja Hanna tidak bersetuju dengan hubungan mereka, ibu Zaleha, Faridah turut menentang kerana mahu sepadankan Zaleha dengan anak kawan baiknya, Erman. Lebih teruk lagi, apabila Tasha kembali menagih cinta Hisham. Melihat situasi tersebut, Faridah berkomplot dengan Tasha untuk memisahkan Hisham dan Zaleha. 

Sumber: infotaip

Saksikan drama 24 episod ini di slot Akasia TV3. Udada Ubabye!!



ED: Selamat menonton!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi