Sabtu, 24 Disember 2016

(Iris TV3) Sinopsis drama Hantu Punya Bos!

Dek sikap bos yang baran dan cerewet, pembantu peribadi Shukri Yahaya sudah hilang sabar dan mahu berhenti dengan serta merta. Benarkah artis berbakat besar yang bersih dengan kontroversi ini seorang bos yang berperangai seperti hantu? 

Ingin tahu perkara sebenarnya? Saksikan drama bersiri terbaharu, Hantu Punya Bos! lakonan Shukri Yahaya dan Intan Najuwa menerusi slot Iris bermula 28 Disember 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 6.30 petang. 

Pelakon utama Shukri Yahaya dan Intan Najuwa. Ini gambar poster pertama.

Poster kedua.

Sinopsis:

Drama adaptasi novel oleh nukilan Dekna Lee ini merupakan terbitan MIG Production Sdn Bhd, diarahkan oleh Feroz Kader dan membariskan artis-artis popular seperti Serina Redzuan, Julia Marin dan Tash Yong. 
Abby (Intan Najuwa) mengambil keputusan secara mengejut untuk menggantikan tempat kerja sahabat baiknya, Diela kerana memerlukan wang untuk mengubati ibunya yang sedang sakit di kampung. Diela pula tidak sabar untuk berhenti bekerja dengan bos yang berperangai seperti hantu. 

Arrayyan (Shukri Yahaya) terkejut apabila Diela dapat cari penggantinya dalam masa yang singkat. Namun, Arrayyan akur dan menerima Abby sebagai pembantu peribadinya. Yang Arrayyan tidak sangka, sikap Abby yang cepat melatah dan suka menjawab bakal mencabar dirinya sebagai seorang bos yang sering ditakuti oleh pekerjanya. 

Pada hari pertama, Arrayyan menyuruh Abby memperkenalkan diri kepada semua staf. Abby cemas dan terus dimarah oleh Arrayyan, Abby menjawab secara spontan dan membuatkan semua orang terpaku dengan keberaniannya. Arrayyan memaafkannya sebab baru hari pertama Abby bekerja. 

Arrayyan mula naik angin apabila Abby membalas tengkingannya. Itu merupakan kali pertama Arrayyan ditengking dalam seumur hidup. Pada mulanya, Arrayyan sukar untuk menerima telatah Abby yang suka melatah. Namun, dia akur apabila Abby segera meminta maaf. 

Seluruh pejabat mentertawakan Arrayyan yang terkebil-kebil ditengking Abby. Oleh kerana terlalu bengang, Arrayyan hendak memotong gaji semua orang sebanyak 20%. Abby rasa bersalah dan meminta Arrayyan memotong gajinya.

Dato’ Zainuddin, ayah kepada Arrayyan membuat lawatan mengejut ke pejabat. Dia memerhatikan sikap garang Arrayyan pada Abby. Dato’ Zainuddin berpesan kepada Arrayyan untuk mengawal kemarahan. Dato’ Zainuddin turut memberi amaran supaya Abby ialah pembantu peribadinya yang terakhir. 

Pada masa yang sama, Abby berusaha mengambil hati Arrayyan. Arrayyan mula tertarik dengan kepetahan Abby ketika berinteraksi dengan klien. Kerjaya Abby yang baru bermula di syarikat Arrayyan terjejas dengan tuduhan bekas majikannya, kononnya dia dipecat kerana menggoda bos. Arrayyan marah dan mahu memecat Abby. 

Apakah jalan penyelesaian yang dilakukan oleh Arrayyan untuk mengetahui perkara sebenar tentang pembantu peribadinya itu? Adakah perbuatan Abby itu seburuk seperti diperkatakan? Jangan ketinggalan untuk menonton Hantu Punya Bos! lakonan Shukri Yahaya dan Intan Najuwa yang bakal menghiasi slot Iris, TV3 bermula 28 Disember 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.30 petang. 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia. Bagi sesiapa yang terlepas untuk menonton di kaca televisyen, anda juga boleh layari laman web www.tonton.com.my. Udada Ubabye!!

Sumber: galaksi media
Gambar: ig n_mardhiah



ED: selamat menonton

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi