Selasa, 17 Januari 2017

(Mesej Pembaca) Ulasan novel Jodoh Atau Cinta

Hai, EDtv ada segmen baharu. Segmen mesej pembaca di EDtv. Ini mesej pembaca pertama yg ED siarkan di blog daripada instagram
@senja_pelangi.

Assalamualaikum, hai EDTV. Saya peminat setia blog EDTV☺😊. Saya nak request novel nie tajuk JODOH atau CINTA. 

Best novel nie jalan cerita pun menarik. Kalau lah novel nie jadi drama kan best. Pasti meleTOP!! Hero & Heroin dlm novel nie pon best. Gituuu.. Sajer nak promote..heheπŸ˜‰

 Saya nak EDTV update kat blog ttg novel nie. 
#SayaAdalahPeminatSetiaJe #SayateamLofattah
 #Neelofa #Fattahaminz #EdtvBlog 
#MeleTOp #sayatakjualnovelye
 #sayahanyapeminatnovel 
#kakinovel #alaf21. 
ok. byeTQ.πŸ˜„πŸ˜„

Novel Jodoh Atau Cinta.
Gambar: ig sellprelovenovel

Oke, ED share sinopsis novel ni..

Tengku Iman Umairah gadis yang jarang sekali menggunakan ‘Tengku’ di pangkal namanya berkahwin atas dasar kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk menyambung pelajarannya di luar negara. Dibenci oleh ibu bapa mentua dan suaminya sendiri atas alasan perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat dalam kemalangan yang turut mencederakan Dato’ Arif bapa mentuanya.

Empat tahun hidup seperti gadis bujang tidak sedikit pun membuatkan Iman terfikir akan perpisahan. Walaupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing-masing, tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. Rasa rindu,marah,geram,sayang bercampur aduk setiap masa. Apabila Iman disapa mesra lelaki lain,Danish melenting. Iman pula apabila Danish bermesraan dengan Maya,si gedik yang menyesakkan ,dia akan berjauh hati. Masing-masing saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.

Terlalu banyak peristiwa yang membuatkan cinta dalam diam mereka kembali menjadi satu. Dato’ Arif,Datin Hajar, Tengku Farid, Arissa menjadi tulang belakang cinta mereka. Saat cinta bukan milik mereka,jodoh mengikat mereka. Kala hati berirama cinta,jodoh seolah bukan lagi milik mereka. Jodoh atau cinta? Yang mana hak mereka?

Sumber: http://jodohataucinta.blogspot.my/2010/07/sinopsis-jodoh-atau-cinta.html?m=1

Udada Ubabye!!



ED: semoga berpuas hati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi