Isnin, 27 Februari 2017

(Seramedi TV3) Drama Jangan Ikut Aku, akan datang...

Drama kedua slot Seramedi selepas Misteri Wan Peah ialah Jangan Ikut Aku.

Antara pelakon Ramona Zam Zam, Dazrin, Benladin, Emma Maembong, Reen Rahim dan ramai lagi.

Emma Maembong dan Reen Rahim.

Dazrin.

Benladin.

Ramona Zam Zam.
Gambar: ig #janganikutaku

Macam2 hantu ada dlm drama ni. Nantikan di TV3. Selepas Misteri Wan Peah, drama Menanti Februari menyusul. Udada Ubabye!!



ED: ramai pelakon terkenal

Ahad, 26 Februari 2017

(Iris TV3) Tarikh siaran drama Perang Otai Andam

Iklan dah keluar kat tv3, berikut tarikh siaran drama slot Iris terbaharu, Perang Otai Andam.

Mulai 8 Mac ini. Lakonan utama Sharifah Sakinah dan Fahad Iman.
Sumber: live ig fahad iman

Sharifah Sakinah dan Fahad Iman.

Macam best drama ni sebab berkisahkan komedi di butik pengantin dan andaman. Udada Ubabye!!



ED: selamat menonton

(Sembang) Ramai pilih Nelydia Senrose sebagai heroin drama Hero Seorang Cinderella

Keputusan undian paling tinggi tentang heroin drama Hero Seorang Cinderella di EDtv ialah Nelydia Senrose. Undian ini sekadar sembang suka2 antara kita.

Ramai yang suka dan sudah membayangkan Nelydia sebagai Nura Medina. Gambar di atas hanya gambar hiasan.

Daripada undian di blog, facebook dan instagram EDtv, memang ketara nama Nelydia Senrose yg dipilih oleh pengunjung di EDtv. Pembayang yg diberikan oleh pengarah bahawa kalau boleh heroin yg akan ganti Neelofa ialah heroin yg belum pernah bergandingan dgn Fattah lagi menunjukkan macam Nelydia Senrose ada harapan cerah.

Sekali lagi, ini sekadar sembang suka2. Tak mempengaruhi keputusan produksi drama tersebut. Udada Ubabye!!



ED: kita tengok je pilihan produksi siapa..

Sabtu, 25 Februari 2017

(Sembang) Uqasha Senrose antara pelakon drama Hero Seorang Cinderella

Daripada Utusan Online, antara pelakon tetap yang akan berlakon dalam drama Hero Seorang Cinderella selain Fattah Amin ialah Uqasha Senrose.

Fattah Amin dan Uqasha Senrose.

Berdasarkan komen di instagram EDtv, katanya Uqasha akan bawa watak kakak tiri heroin. Kalau Nelydia Senrose heroin, macam mana erk? Hehe.. Udada Ubabye!!



ED: semakin menarik 

(Throwback) Sardin sotong kegemaran arwah abah

Tadi beli sardin sotong di Tesco, terkejut sikit tengok harganya sekarang dah nak jejak RM13.00.

Sardin sotong.

Dulu harga sardin ni RM6.00 pada tahun awal 2000. Sekarang dah dua kali harganya. Apa yg pasti, setiap kali emak masak sardin sotong, mesti teringat arwah abah yg suka beli dan masak sardin sotong ni. Udada Ubabye!!


ED: kureng sikit makan ni..

Jumaat, 24 Februari 2017

(Sembang) Dapat jemputan ke Majlis Pra Pelancaran Kapsul Drama Bersiri Chor dan Chah

ED dapat jemputan ini...


Terima kasih pihak Suhan Movies dan Datuk Rosyam Nor kerana jemput ED. Maaf, ED tak dapat datang sebab kerja. Udada Ubabye!!



ED: Alhamdulillah, masih dapat jemputan lagi

(Update) Undi heroin drama Hero Seorang Cinderella, tinggal Nelydia dan Fathia

Best jugak ED buat undian tentang heroin drama Hero Seorang Cinderella tadi. Banyak juga yg undi, banyak juga yang beri maklumat kpd EDtv. Menerusi komen di instagram EDtv, Michael Ang telah beritahu peminat bahawa Zara Zya dan Fazura bukan heroin.

Maka, tinggal 2 lagi heroin yg tinggal dlm bayangan tuan pengarah. Nelydia Senrose dan Nur Fathia.

ED share komen2 menarik tadi ye...

Komen zanthraz: finalis tinggal Nely dan Fathia.

Komen Kamariah19: Rasanya Fathia

Komen hajarose.selangor: pemilihan heroin yg mencabar.

Komen pdgnk: Heroin sesuai yg free hair kalau ikut watak dlm novel.

ED tegaskan, ini sekadar suka2 sahaja. Walaupun suka2, ada juga maklumat kita tahu kan? ED tetap umumkan keputusan undian ini pada Ahad ini. Mana tahu Astro atau Michael Ang baca. Hehehe.. Udada Ubabye!!



ED: sengit..

(Sembang) Calon heroin drama Hero Seorang Cinderella mengikut pengarah setakat ini..

Mereka calon heroin drama Hero Seorang Cinderella yg bermain dalam kepala pengarah, Michael Ang.


Fazura, Nelydia Senrose, Nur Fathia dan Zara Zya.

Kalau boleh undi, korang pilih siapa? Hehe..

Emma Maembong pun tersenarai tetapi empat calon di atas ni antara yang sengit dibincangkan. Ni sembang suka2 je sebab selepas Neelofa tarik diri, tertanya2 siapa yg akan menggantikannya. Jom komen di semua media sosial EDtv. AHAD ni ED siarkan heroin pilihan tertinggi followers EDtv. Udada Ubabye!!



ED: borak suka2 je ni sebab endingnya produksi akan pilih

(Sembang) Pencarian heroin drama Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin

Belum ada lagi heroin untuk drama Hero Seorang Cinderella yang akan bergandingan dgn Fattah Amin.

Fattah Amin

Michael Ang berkata, penggambaran drama akan bermula 19 Mac ini dan beliau akan mengadakan dua sesi uji bakat berbeza dalam masa terdekat, masing-masing bagi pelakon baharu dan berpengalaman. "Sebenarnya saya agak pening, siapa yang sesuai menggantikan Neelofa untuk menggalas watak Medina (Cinderella). 


Hero dah ada, tinggal heroin je lagi..

Jadi, kami akan membuat pencarian bagi watak itu. "Uji bakat akan diadakan bagi bakat baharu dan pelakon sedia ada. Setakat ini, antara pelakon yang berada dalam fikiran saya ialah Emma Maembong, Fazura, Fathia, Nelydia Senrose dan Zara Zya," katanya kepada BH Online.


 Sesi photoshoot semalam.

Pencarian heroin drama ini semakin popular di kalangan peminat Lofattah. Ramai yang mahukan Fazura atau Nelydia Senrose sebagai heroin drama ini. Kalau la Fazura, best juga kan? Udada Ubabye!!



ED: kita tunggu dan lihat..

Khamis, 23 Februari 2017

(Akasia TV3) Tarikh siaran drama Dia

Walaupun drama Dia tengah sibuk penggambaran sekarang ini, namun lambat lagi tayangannya.

Drama Dia lakonan Janna Nick, Irwansyah, Adiputra dan ramai lagi.

Drama ini akan bersiaran di slot Akasia hujung tahun ini. Tarikh belum tahu lagi. Hehe.. Udada Ubabye!!



ED: sabar ye..

Rabu, 22 Februari 2017

(Ramadan TV3) Drama Inspirasi Ramadan, akan datang..

Akan datang Ramadan ini di TV3..

Drama Inspirasi Ramadan lakonan Fasha Sandha dan Mashidzir Khan.

Nantikan. Udada Ubabye!!



ED: produksi A. Aida Production

Selasa, 21 Februari 2017

(Sembang) Kenapa drama Melayu asyik-asyik begitu?

ED nak share kenyataan daripada seorang krew drama tv ni... Bila baca, ini akan membuka minda kita semua.



TRAGEDI KE'CELAKA'AN TV MELAYU

Tanpa sedar kita hidup setiap hari dengan hiburan masakini. Bunyian, nyanyian & drama murahan disumbat bernanah telinga kanan & kiri. Belum kira program komedi.

Hidup majoriti berkiblatkan TV. Ustaz dok ceramah pasal zina mata pun balik rumah bukak news pemberita masih ber'bogel' lagi.

Radikal sangat beragama pun tak dapat ubah dah tragedi ni. Teknologi tetap ke hadapan mengheret manusia sampai mati.

Jangan salahkan teknologi, tapi salahkan Intisari.

Siapa yang cipta intisari? Mereka inilah manusia Stesen TV.

Kat sini saya nak bukak rahsia Tragedi Ke'celaka'an TV Malaysia yang ramai orang industri sembunyi.

APA KATA KREW DRAMA TV?
Saya krew penggambaran drama tv, ahli Professional Film Workers Association of Malaysia ( PROFIMA)

Kalau viral kritikan penonton terhadap kualiti drama Melayu - anak dato' balik oversea, gadis kampung ke kota jadi pelacur lagi - itu skrip biasa bagi kami.

Next job shooting, apa lokasi dah tahu dah - banglo mewah, pejabat murah, Kampung Kemensah - padahal skrip tak siap lagilah.

Tengah shooting, sambil pegang kamera pun, dalam hati ada semacam "...apehal lah aku buat cerita bodoh nie, takdak idea lain ka industri..."

Kami pembikin ibarat manusia bertali lembu. Diheret hidung kiri kanan tanpa mau. Terpaksa mengalah padahal idea bertalu-talu. Tapi taktau nak ubah yang mana dulu.

"...Abang kerja tolak track, masuk shot ni dh 3,000 kali adegan yang sama abang buat seumur hidup dik oi..."

Template setup sama, copy-paste jaa..
Director Malaysia kaa yang takdak idea nie.

[ Ini pulak kata Director, Scriptwriter & Producer sebab 3 watak penting inilah yang pergi jumpa stesen tv untuk pitching cerita ]

APA KATA DIRECTOR?
Saya Director ahli FDAM (PERSATUAN PENGARAH FILEM MALAYSIA).

Depa kata Pengarah Malaysia kurang memberi. Asyik cerita murah takda isi. Sebenarnya, akal & idea Tuhan bagi berlambak lagi.

Tapi bila kami pi syarikat TV. Depa tendang kami ke tepi. Depa kata idea ni penonton tak kering gusi.

"...kita kena bagi penonton kering gusi. Barulah sponsor masuk iklan tak renti-renti..."

** Fakta : jika anda menonton sesuatu rancangan, iklan tak berenti-renti, bermakna ratingnya tengah tinggi. cuba tengok RTM, satu iklan ja keluar sekali.

Inilah realiti. Kisah rakyat miskin, politik tirai besi, semua dari kepala otak orang industri, abis stesen TV tolak tepi.

Kami pun ada cerita berinspirasi, kisah makcik jual roti, sampai anak masuk universiti. Tapi apa jadi?

STESEN TV yang aturkan apa CERITA itu ini.

STESEN TV yang aturkan selebriti mana yang WAJIB diisi.

Sebab apa? Sebab depa kata, depa tau apa yang buat rating tertinggi. Masyarakat suka, nak tengok lagi. Sebab tu asyik muka dia-dia jaa kat skrin TV.

Artis yang dibenci masuk peti ais sampai takdak gigi. Yang mana dulu muda, tenggelam timbui dah jadi watak mama daddy.

Jadi kami terpaksa akur, bagai lembu diikat tali. Buatlah kerja kami, asalkan terisi perut anak bini walau hati nafsi-nafsi.

Producer nak kata apa...

APA KATA PRODUCER
Saya producer. Saya ahli PERSATUAN PENERBIT TV MALAYSIA (PTVM).

Saya dapat satu proposal sinopsis lengkap dari tuan pengarah & scriptwriter - depa bagi idea yang sangat best, boleh memberi inspirasi buat masyarakat, mendidik & mendorong kemajuan diri dan negara. 

Lalu syarikat saya pergi pitching kat stesen TV. Ini feedback depa :

RTM : Reject! katanya cerita rakyat miskin, kisah negatif government takleh gambarkan kat TV. Takleh buat kisah realiti. Biarlah semua fantasi asalkan bukan negatif. Janji ada 3 kaum dalam itu isi. Khurafat syirik tolak tepi.

MEDIA PRIMA : Depa tendang kisah yang BUKAN cinta. "...hampa ni present idea untuk slot Akasia kaa atau Majalah 3. Kami takmau kisah rakyat miskin tak gosok gigi dibuat drama. Kami nak buat masyarakat berangan-angan bercinta. Makcik kat rumah tu nak tengok laki bini bergaduh dijadikan drama.

ASTRO : Depa nie berpuluh channel pun memilih lagi. Penerbit TV depa pun kena jaga poket sendiri. Depa kena keringkan gusi orang yang bayar siaran depa ni. Artis depa dah ramai sederet lori. Kena rotate sampai muntah nasi basi.

AL HIJRAH : Depa plak cakap, kami takmau buat cerita murah orang miskin ni, apa ingat kami ni stesen murahan sangat kaa. Agama ni digambarkan rendah martabat sgt kaa? Kami pun nak nampak GAH jugak.

** Ini belum cerita duit tepi dari salah satu stesen TV tadi. Dah bayar duit tepi, sampai muntah satu company dapat projek setahun lagi, tak tau nak shoot cerita apa dah, buatlah kisah apa pun asalkan keluar TV.

Stesen TV beli produk drama/telemovie nie taklah besar mana. Try calculate fakta jual-beli :

Telemovie : RM100,000 (purata)

bayar pelakon utama gred A (RM12,000 x 2 orang)
bayar krew belakang tabir & pelakon tambahan (RM40,000)
bayar kos sewa barang technical, art department (RM15,000)
bayar kos penggambaran - lokasi, makanan etc. (RM15,000)

TOTAL : RM94,000#
UNTUNG : RM6,000#

Producer untung sikit jak. Dia ada staff & office perlu dibayar tak tertunggak. Jadi disekatnya segala idea yang mahal, kos tinggi, kisah gempak-gempak.
RM6,000 jee beb! Tak lekat celah gigi siak!

Alaaah buat kisah dato, datin, suamiku tunangmu dah laaa. Kos rendah. Banglo mewah, Office murah. Sesuai dengan budget yang stesen bayar lah. Boleh 

Nak tengok fakta http://www.buzzera.net/2012/03/kadar-pembelian-program-tv-di-malaysia.html

*** Kalau stesen mampu bayar lebih tinggi, naikkan harga barulah industri ubah rupa cerita dan isi.

*** Padahal Stesen TV terima iklan masuk, RM500,000 setiap satu. Ko rase berapa banyak iklan kat TV tu?

Nak salahkan scriptwriter?

APA KATA PENULIS SKRIP
Saya ahli PERSATUAN PENULIS LAKON LAYAR KUALA LUMPUR DAN SELANGOR (PENULIS)

Kami nie sikit punya banyak dah tulis cerita bagus-bagus. Idea dah naik langit bintang dah nak bagi ummat Malaysia percaya kat industri Filem TV Malaysia nie berkualiti.

Dapat kat orang TV, depa kata "...tak mau yang ni, mana cerita CINTA..."

Cuba saya petik IDEA ni, tengok apa alasan depa bagi :

1. Kisah drama episod orang Malaysia panjat Gunung Kinabalu, tersangkut gempa bumi.

"...eh budget besaq tu, pakai helikopter lagi. apa kata hampa buat movie jaa idea nie..."

2. Telemovie kisah orang Malaysia terperangkap jatuh gaung sampai bawah kerak bumi.

"...mana logik akal nak buat cerita macamni. masuk peti besi! Next..."

3. Kisah para perajurit - tenggelamnya kapal perang TLDM di Lautan Hindi.

"...encik rasa, TLDM nak bagi kaa kita shoot kapal depa tenggelam...?"

4. Kisah rakyat Malaysia terperangkap di tingkat 88 KLCC.

"...eh, kejap nak shooting di kaki lima air pancut Suria KLCC tu pun charge RM8,000 sejam. Inikan plak nak buat drama satu bangunan KLCC terbakar... Stesen TV takdak budget nak beli...."

5. Kisah gerabak Keretapi Tanah Melayu (KTMB) takleh berenti, brek putus dari Johor sampai Kedah.

"...sekejap, idea nie dah tanya pihak KTMB? depa mau kaa tunjuk benda negatif perkhidmatan depa nie...?"

".....Dei macha, negara India sana pun berani lakonkan polis terima rasuah. Kat Malaysia nie lepas ka digambarkan PDRM tu sejahat alam. Polis Metropolitan Cicakman boleh la..."

"...Ya, saya Perdana Menteri Malaysia. Saya isytiharkan darurat setelah makhluk asing menyerang selatan tanahair. Rakyat diminta bersembunyi dalam lubang bawah tanah..."

"...Tuan Guru, saya ingin mengenali Allah dengan sedalam-dalamnya. Di manakah Allah, Tuan Guru. Tolong tunjukkan saya. Jadikan saya seorang Sufi..."

"...Awal penciptaan makhluk sebelum diturunkan ke bumi, kita semua telah berjanji di hadapan Allah dalam keadaan Ruh Mulki..."

Brader, kita takkan jumpa dialog-dialog ni di TV rumah anda brader. Di TV rumah anda hanya ada tajuk-tajuk novel cinta yang laris di pasaran & diangkat menjadi drama episod. Itupun kalau hampa sedar brader.

Akak yang minat novel, depa sedar la benda nie. Depa punya pasal drama TV ada tajuk geli-geli.

Televisyen tu lidah kerajaan. Rakyat semua sembah TV. Jadi kena gambarkan yang suci. Berita pun depa tapis nak siar malam satgi.

Mana tindakan persatuan yang kami bayar ahli tahunan tadi? Mana GAFIM (Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia)

Nak harap kerajaan melalui Filem Nasional (FINAS) pun tak leh pakai. Orang industri (Switch Off) buat berpuluh tuntutan suruh kerajaan & FINAS campurtangan minta stesen TV naikkan harga, apa Finas jawab? 

"...Ini bukan bidang kuasa FINAS, itu kena berbincang dengan stesen-stesen TV..." Siapa yang control siapa?

Kalau stesen mampu bayar lebih tinggi, naikkan harga barulah industri ubah rupa cerita.

Kerajaan tak suka ubah minda rakyat Malaysia?

Penonton Malaysia tau bunyi ja. Orang industri suruh boikot tutup TV bagi rating jatuh menjunam buat satu hari, hampa buat tak peduli. Gi mampus dengan nasib ideologi, mentaliti anak cucu cicit hampa nanti.

Siapa yang melariskan? Siapa yang mencatat rating tertinggi? Sampai semua orang TV tunduk ke bumi? Sampai kami kena jadi lembu ikat tepi. Sapa punca tragedi ini?

Bukan kami pembikin filem & drama tv, tapi ANDA di seluruh negeri. Tapi kenapa salahkan penonton. Yang tak suka, terpaksa buka sebab dah takda pilihan hiburan. Tapi stesen TV salah tafsir, rating menaik. So?

Jangan salahkan teknologi, salahkan Intisari.

by : Shuhaimi Zulkefli
17 Februari 2016

*saya luah rahsia ni, kompom lepas ni saya takleh makan nasik lagi.

*kalau dah ada nama, saya terpaksa diamkan diri macam orang ada nama yang lain. takkan nak tabur nasik atas pasir lagi.

Sumber: fb shuhaimi zulkefli



Bagi ED pula, kalau drama tu kena dgn jiwa ED walaupun jalan ceritanya klise, ED tengok juga. Tengok tv untuk suka2 je... Udada Ubabye!!



ED: realitinya..

(Iris TV3) Drama Tauke Jamu, akan datang...

Drama terbaharu slot Iris akan datang di TV3, Tauke Jamu.

Saharul Ridzwan dan Reen Rahim antara pelakonnya.

Reen Rahim dan Saharul Ridzwan di lokasi penggambaran.

Faye Kusairi pun.ada..

Dengarnya, drama ini akan tayang pada bulan April. Nantikan! Udada Ubabye!!



ED: produksi A. Aida Productions

Isnin, 20 Februari 2017

(Sembang) Watak bapak Qisya memang pendiam ke? Syafiq Kyle tolong jawabkan...

Sewaktu drama Suamiku Paling Sweet bersiaran, ED ada tweet tentang watak bapak Qisya ni memang pendiam ke? Tak sangka pulak, Syafiq Kyle balas tweet ED.

Syafiq Kyle dan Bapak Qisya. Hehe..

Ini balas Syafiq Kyle kepada pertanyaan ED di twitter. Dia bergurau je ni..

Sangat pendiam watak bapak Qisya ni.. Ada yg kata mukanya macam Amar Baharin. hehe..

Syafiq Kyle sebagai Izz Haiqal.

Dulu drama 7 Hari Mencintaiku, watak Pak Samad garang sampai bergegar bila marah. Dalam drama ni pula, watak bapa Qisya nampak pendiam sehingga penonton perasan. Kan? Udada Ubabye!!



ED: trademark tu...

Ahad, 19 Februari 2017

(5 Gambar) Babak nikah Fattah Amin dan Niena Baharun, drama Dia Anak Jeneral

Nak share gambar babak nikah Fattah Amin dan Niena Baharun dalam drama Dia Anak Jeneral, akan datang di TV2. Sesuai!

Fattah Amin dan Niena Baharun.
Gambar: ig butikjemarikreatif

Azam Pitt, Fattah, Niena dan Fad Anuar.
Gambar: ig fad_anuar

Hero, heroin dan penulis novel Hezzy Azra.
Gambar: ig hezzy_azra

Niena Baharun.

Fattah Amin.
Gambar: ig ajazrul

Nantikan drama adaptasi novel ini di TV2. Arahan Khalid Nazri. Udada Ubabye!!



ED: macam best..

Sabtu, 18 Februari 2017

(Astro Ria) Hero dan heroin drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati

Akan datang di Astro Ria, drama adaptasi novel Hikayat Cinta Si Pematah Hati.


Alif Satar dan Nabila Razali, hero dan heroin drama ini..
Sumber: ig e_mansufi

Nantikan. Udada Ubabye!!



ED: heroin baru ni..

(Lestary TV3) Drama Miss Kapten Cikgu Waiz, akan datang...

Drama ini pilotnya perempuan. Nantikan drama slot Lestary terbaharu, Miss Kapten Cikgu Waiz.

Heroin Neera Azizi sebagai Miss Kapten dan Erwin Dawson sebagai Cikgu Waiz.

Bagaimanakah kisah cinta cikgu dan pilot ni? Kena tengok drama ni..

Nantikan drama ini di TV3. Udada Ubabye!!



ED: unik..

(Sembang) Ini kata mereka tentang episod akhir Jejak Karmila

ED siarkan komen penonton episod akhir drama Jejak Karmila di TV3. Sebab ED rasa ini komen jujur dan membina, ED siarkan juga di blog ini.

Episod akhir, Nonie insaf dan ingin berjumpa dgn Karmila, tetapi tidak kesampaian.

Ini komen di instagram EDtv.


Maaf ye, ED no komen. Hehehe.. Anggap komen2 ini sebagai komen yg membina. Kalau orang komen, maknanya orang prihatin dan sayang. Tak gitu? Udada Ubabye!!



ED: positif...

(Sembang) Tarikh siaran Anugerah DFKL 2017

Nantikan Anugerah DFKL 2017..

Pada 9 April 2017, 9.00 malam di TV3.

Nak promote jap..

Jom undi drama2 @zeelproduction yang tercalon di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur DFKL thn ni.Senang je,log in ke www.dfkl.com.my/undi .
Undi nama2 berikut ok 😉.
.
Aktor pilihan
✅Benladin #Amsyar
.
Aktres pilihan
✅ Elly Mazlein #Amsyar
.
Skrip pilihan
✅ Mufid Shuhaimi #Amsyar
.
Pengarah Pilihan
✅ Murali Abdullah #Amsyar
.
Lagu tema pilihan
✅ Percuma Sabhi Saddi #Amsyar
.
Antagonis pilihan
✅ Juedian Omar #Amsyar
.
Drama pilihan
✅ Amsyar Zeel Production
.
Pasangan pilihan
✅ Ben Ladin & Elly Mazlein #Amsyar
.
Drama pilihan Tonton VIP
✅ Meh Sandar Pada Aku 
Zeel Production
.
Korang boleh undi 10x sehari.Jangan lupa undi setiap hari k.
#DFKL #DFKL2017 #DramaFestivalKualaLumpur #Amsyar #MehSandarPadaAku #ZeelProduction

Anugerah ini undian penonton. Udada Ubabye!!



ED: pengacara update kemudian..

Jumaat, 17 Februari 2017

(Zlurpp) Resipi kacang pool mudah dan ringkas

Malam ini ED cuba masak kacang pool mudah dan ringkas. Pertama kali cuba ni..

Kacang pool mudah dan ringkas ala EDtv.

ED makan dengan roti ni je.. Dah sedap dah.. Tak letak telur pun. Alhamdulillah, sedap!

Oke, ED kongsi resepinya.

Resipi:
2 biji bawang Bombay (kuning) dipotong dadu
3 biji bawang putih (diketuk)
1 biji lada merah
1 pek kecil kari Adabi
3 biji cili padi (ikut suka)
Daun kari (ikut suka)
1 bungkus daging cincang
2 tin kacang parang Kimball
Garam & ajinomoto
Air
Minyak

Bawang Bombay dan kacang parang dalam tin.

Cara masak:
1. Panaskan minyak
2. Tumis segala bawang, cili padi dan lada merah serta daun kari.
3. Masukkan sedikit air dan kari.
4. Masukkan daging cincang dan air (agak2 ye..)
5. Setelah daging masak, masukkan kacang parang.
6. Biarkan menggelegak dan kacau selalu supaya tidak hangus dan kacang parang hancur.
7. Nak cepat, ED lenyekkan kacang dalam kuali tu..
8. Akhir sekali masukkan garam dan ajinomoto.
9. Setelah pekat, dah boleh dihidangkan.
10. Siap.

 
Video masak kejap.. kacau hingga pekat.

Resipi diubahsuai daripada pemerhatian ED di instagram.

Mudah kan?

InsyaAllah sedap. Cubalah. Udada Ubabye!!



ED: banyak juga dapat..

Khamis, 16 Februari 2017

(Sembang) Watak sopan dan bertudung Mawar Rashid dalam Suamiku Paling Sweet disukai ramai

Watak Mawar Rashid sebagai Qisya Iris dalam drama Suamiku Paling Sweet disukai ramai kerana nampak kena sangat. Sopan, bertudung dan manja. Memang naik seri Mawar berhijab sebab wajahnya bujur sirih. Jom tengok 7 gambar Mawar Rashid bertudung dlm drama ini..

Mawar Rashid








Komen di ig EDtv

Walaupun di luar drama ini, Mawar Rashid belum bertudung, mana tahu drama ini akan membuka hatinya untuk mencontohi watak Qisya Iris kan? Mesti semua suka. Udada Ubabye!!



ED: suka tengok dia dlm drama ni..

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi