Khamis, 9 Februari 2017

(Zlurpp) Pertama kali buat kuih keria gula merah

Tengok video cara buat kuih keria gula melaka di facebook nampak macam senang. Maka, ED pun cuba untuk buat. Sebab pagi tadi gula melaka takde jual di Econsave, ED ganti dgn gula merah. Jadi, nama kuih keria ED ialah kuih keria gula merah.

Kuih keria gula merah ala EDtv.

Begini rupanya di luar..

Selepas digigit, begini rupanya..

Apa? Nak resipi? Resipi sangat mudah..

Resipi:
1. Keledek (direbus, dilenyek)
2. Campurkan tepung kek dan tepung gandum ke dalam lenyekan keledek tadi (sampai boleh bentukkan keria)
3. Bentukkan, goreng.
4. Sira dgn gula merah (bahan2 gula pasir, gula merah & air).
5. Siap

Bagi ED, cabaran besar untuk buat keria ni ialah waktu nak campurkan tepung ke dalam keledek. Kena sabar, supaya adunan tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras. Amek masa time part ni.. First time buat, oke la..Udada Ubabye!!



ED: sedap juga...

1 ulasan:

  1. hahaha nanti share resipi kuih keria hj jalil cuba buat lepas ni boleh buat biz kuih keria hahaha - bungaokid

    BalasPadam

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi