Rabu, 31 Mei 2017

(Sembang) Lakonan berkesan Uqasha Senrose sebagai Puteri drama Hero Seorang Cinderella

Orang kata, kalau kita benci sesuatu watak dalam drama, maka lakonan seorang pelakon itu berjaya. Begitulah dgn watak Puteri lakonan Uqasha Senrose dalam drama Hero Seorang Cinderella. Berkesan betul Uqasha bawa watak Puteri. Acah2 jahat tapi penakut. Hehe.. Bagi ED, Uqasha berjaya melakonkan watak Puteri dgn sangat baik. Geram je kan tengok watak Puteri?

Uqasha Senrose

Sebenarnya, ED terhibur tengok Uqasha melakonkan watak Puteri. Gediknya, mengada2nya kadang2 buat ED ketawa sorang2. Apa2pun, lakonan Uqasha best! Udada Ubabye!!



ED: memang sesuai watak antagonis

(OST) Lagu tema dan lagu latar drama Seharum Mawar TV1

Antara drama Ramadan yang ED suka ialah drama Seharum Mawar di TV1. Lagu-lagu dalam drama ini best2 belaka.

Para pelakon, Hafidz Roshdi, Ika Nabella dan Jaslin Puasa.

Best drama ni sebab heroinnya Ika Nabella, jarang2 tengok dia jadi heroin. Menjadi betul wataknya sebagai Mawar.

Jom dengar antara lagu2 dalam drama ini

Lagu tema Pangkal Kasih nyanyian Fatin Afeefa.
 

 
 Fatin Afeefa

Lagu Innallah Ma'ana nyanyian Medina.

  
Lagu Istikharah Cinta nyanyian Sigma



Lagu Pertama Kali nyanyian Salimey

 

Lagu Ku Tak Pernah Layak nyanyian Opick



Doa diberi kekuatan iman oleh Ustaz Amal





Sedih babak ni..

Best kan? Drama best, lagu best, semua la best! Udada Ubabye!!



ED: Terbaik!

Selasa, 30 Mei 2017

(Iris TV3) Drama Bilo Nogori Jupo Kelate, akan datang...

Mia Ahmad kembali lagi! Nantikan drama komedi Bilo Nogori Jupo Kelate, akan datang di slot Iris TV3.

Mia Ahmad bergandingan dengan Nazrief Nazri.

Berikut beberapa gambar sekitar penggambaran drama Bilo Nogori Jupo Kelate...



Nazrief Nazri & Mia Ahmad.
Gambar: ig nuyulhussin

Gambar: ig nazriefnazri

Nantikan drama ini di TV3. Udada Ubabye!!



ED: perkahwinan 2 negeri berbeza

(Sembang) Suka sangat lakonan Fazura sebagai Nura Medina Hero Seorang Cinderella

ED dah tengok secara online drama Hero Seorang Cinderella. Firstly, memang best drama ni & ED suka sangat tengok lakonan Fazura sebagai Nura Medina. Kena sangat!

Fazura sebagai Nura Medina.

Dah lama tak tengok Fazura berlakon drama & kembalinya Fazura dalam drama ini disukai ramai. Fazura berjaya membawakan watak Nura Medina yg ala2 Cinderella tetapi berani melawan. ED yakin ramai yg suka lakonan Fazura dalam drama Hero Seorang Cinderella. Udada Ubabye!!




ED: awet muda Fazura

Isnin, 29 Mei 2017

(Zlurpp) Berbuka puasa di Restoran Johnny's

Hari ini ED berbuka di Restoran Johnny's AEON Tebrau City. Istimewanya, ED berbuka dengan bekas room mate ED semasa di UKM dulu. Dia datang dari Seremban tau!


Restoran Johnny's

Tadi, kami makan menu wajib, steam boat.


Steam boat di sini bukan layan diri, tetapi dah ditentukan menunya.

ED makan nasi goreng cendawan.

Kepak ayam bakar.

Kerabu mangga. Sedap kerabunya.

Sayur kailan ayam steam.

Jus oren.


Pencuci mulut, ED pilih aiskrim sundae.

Bergambar selepas buka.

Bergambar sebelum balik.

Alhamdulillah, kenyang. Paling best dapat jumpa kawan2 lama. Udada Ubabye!!



ED: makanannya sedap!

(Zehra TV3) Hafidz Roshdi dan Aidit Noh, pelakon utama drama Kelip-Kelip Kota London

ED nak share update pelakon utama drama Kelip-Kelip Kota London, akan datang di slot Zehra TV3.

Aidit Noh dan Hafidz Roshdi antara pelakon utama drama ini. 2 hero untuk drama ini.

Hafidz Roshdi

Aidit Noh

Penerbit, Haji Zil merahsiakan heroin drama ini. Mungkinkah ada perubahan? Nantikan update seterusnya. Drama ini merupakan drama terhebat slot Zehra tahun ini. Udada Ubabye!!



ED: nantikan!

(Akasia TV3) Drama Lelaki Itu Pilihan Hatiku, akan datang...

Sebuah lagi novel akan diadaptasi ke drama. Nantikan drama Lelaki Itu Pilihan Hatiku adaptasi novel Mr. Hot Guy di slot Akasia TV3.

Raja Afiq dan Puteri Aishah, hero da heroin drama ini.

Raja Afiq

Puteri Aishah

Drama ini dengarnya 32 episod terbitan A. Aida Production. Udada Ubabye!!



ED: Nantikan!

Ahad, 28 Mei 2017

(Jom Kenal) Pelakon baharu Surat Mati Abah, Syed Shafiq

Semalam tengok tak Cerekarama Surat Mati Abah di TV3? Perasan tak ada pelakon baharu watak Johan? Ala, yg jadi boyfriend Najwa lakonan Raysha tu..

Nama pelakon tersebut Syed Shafiq.

Zeel Production mengesan dan mengambil beliau menjadi pelakonselepas ujibakat DFKL.

Syed Shafiq dalam Surat Mati Abah.

Menurut Hj. Fadzil Teh, Syed Shafiq boleh digilap menjadi hero drama satu hari nanti. Semoga sukses Syed Shafiq! Udada Ubabye!!



ED: Good luck

Sabtu, 27 Mei 2017

(Sembang) Tahun ni mula cuci kurma sebelum makan

Kerana viral tahun ni tentang kepentingan mencuci kurma sebelum makan, maka hari ini ED pun mula cuci kurma dahulu sebelum buka puasa tadi.

Kurma selepas dicuci.

Sebelum ni, ED tak pernah cuci kurma dulu. Tapi takpe, perkara yg baik, kita ikut. Udada Ubabye!!



ED: terima kasih kpd pemberi info

(Akasia TV3) Pelakon utama drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin

Inilah 3 pelakon utama drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin.

Idris Khan (Mizan), Raysha Rizrose (Yuhanis) dan Azrel Ismail (Nizam).
Kredit: ig nizamzakaria


Kredit: ig azrelismail

Gandingan segar ni... Udada Ubabye!!



ED: nantikan

(Akasia TV3) Penggambaran montaj drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin

Penggambaran montaj drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin dijalankan pada hari ini.

Pasangan adik beradik dlm drama ni..

Idris Khan sebagai Mizan dan Azrel Ismail sebagai Nizam


Idris Khan dan Azrel Ismail

Yang tengah tu bukan heroinnya. Gambar Raysha belum ada lagi..

Kredit gambar:
Ig nizamzakaria
Ig azrelismail
Ig theidriskhan

Nantikan drama ini di Akasia TV3.



ED: katanya best drama ni..

(Video) Ucapan selamat berpuasa Justin Trudeau, perdana menteri Kanada

Jom tengok video ucapan selamat berpuasa drpd Justin Trudeau, perdana menteri Kanada.

Justin Trudeau

Kredit: twitter @justintrudeau

Kacak, muda, berbudi bahasa & bertoleransi PM Kanada ni. Ramai yg suka akan kepimpinannya. Udada Ubabye!!



ED: selamat berpuasa

(Sembang) Cabaran Kurus Ramadan bermula

Assalamualaikum.

Selain menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadan pada tahun ini, ED juga berazam untuk menurunkan berat badan balik. ED akui berat badan ED bertambah banyak pada tahun ini. Mentang2 dah tak pakai braces, makan takde pantang.

Gambar ED minggu lepas. ED kalau berat badan naik, nampak jelas pada bentuk muka yg semakin membulat.

Oke, ini hasil timbang pagi ini. Berat ED 75.9kg. Tahun lepas berat ED 71kg.

Mampukah ED menurunkan berat badan pada Ramadan kali ini? Setiap Sabtu sepanjang Ramadan, ED akan update berat badan di blog ini. Udada Ubabye!!



ED: harap2 berat turun..

(Sembang) Masak sahur guna periuk Noxxa

Assalamualaikum.

Ramadan tahun ini, memasak mudah sikit sebab ED guna periuk Noxxa. ED main kutu beli periuk ni..

Sup tulang periuk Noxxa, sahur hari ini. Masak malam tadi, sekarang tinggal panaskan. Masak tak sampai 1 jam.

Okelah, ED nak sahur. Udada Ubabye!!



ED: selamat bersahur

Jumaat, 26 Mei 2017

(Sembang) Salam Ramadan 1438H

Assalamualaikum. ED nak ucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadan.

Semoga ibadat kita di bulan Ramadan lancar dan diterima Allah.

Niat puasa sebulan. Dah boleh dah baca..

Selamat berterawih & menghidupkan sunnah Rasulullah SAW. Udada Ubabye!!



ED: Alhamdulillah

(Megadrama Astro Ria) Drama Mencintaimu Mr. Photographer tayang selepas Hero Seorang Cinderella

Bagi anda yg tertanya2, drama Mencintaimu Mr. Photographer tayang bila? Ini jawapannya..

Drama Mencintaimu Mr. Photographer lakonan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha tayang selepas drama Hero Seorang Cinderella.

Kalau raya nanti, slot Megadrama masih disiarkan, maka drama Mencintaimu Mr. Photographer akan tayang pada 3 Julai 2017. Udada Ubabye!!



ED: nantikan..

Rabu, 24 Mei 2017

(OST) Pesan Irfan Haris, lagu penutup Ku Kirim Cinta

Alamak terus suka dengan lagu latar & lagu penutup drama Ku Kirim Cinta ni..



Lagu Pesan nyanyian Irfan Haris. 

Lagu ni buat drama ni lebih feeling. Udada Ubabye!!




ED: best..

Selasa, 23 Mei 2017

(Samarinda TV3) Sinopsis drama Andainya Takdir

Berikut sinopsis drama Andainya Takdir.

Lakonan Nina Iskandar, Puteri Balqis dan Shukri Yahaya.

Drama Andainya Takdir ini mengisahkan ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahya) yang penuh cabaran. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri yang bernama Aleeya (Puteri Balqis). Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yang dilakukan tanpa kenan Airil, Fatihah pasti akan dipukul sehingga lebam.

Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya. Namun, kesengsaraannya tidak tertumpu kepada suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tidak menyumbangkan sebarang kebaikan dalam perkahwinannya. Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah kegetiran. Normah sememangnya tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat. Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang olehnya. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya sehingga sering membuat Fatihah berasa terpinggir.

Pahit getir Fatihah bertambah lagi dengan iparnya, adik kepada Airil, Norlin (Annie Ariffin) yang obses kepada kanak-kanak sentiasa dengki terhadapnya kerana Norlin tidak mampu untuk mempunyai zuriat. Cemburu dengan Fatihah yang cantik, tambahan pula mempunyai Aleeya, seorang anak yang tidak kurang cantiknya dan bijak, Norlin sentiasa menghasut ibunya untuk memaksa abangnya pulang ke kampung kerana Norlin ingin bermain dengan Aleeya. Sekiranya tidak dituruti permintaannya, Norlin mengugut untuk tidak pulang ke kampung juga.

Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu.

“Kerana anak, Fatihah bertahan dengan sikap ibu mertuanya yang kuat mengumpat dan suka membanding, hasad dengki iparnya dan sikap suami yang terlalu kuat cemburu hingga sering memukulnya. Ramadan itu, Fatihah berusaha untuk mengubah sikap mereka namun segalanya adalah TAKDIRNYA…”

Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni? Saksikan drama bersiri yang penuh trajis Andainya Takdir setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam di TV3 dalam slot Samarinda bermula 29 Mei 2017.

Sumber: Budiey

Nantikan di TV3. Udada Ubabye!!



ED: drama sedih ni

(Sembang) EDtv Ramadan 2017

Ramadan semakin dekat, segmen EDtv Ramadan kembali lagi.

Warna tema EDtv Ramadan 2017

Macam biasa, dalam segmen EDtv Ramadan, ED nak kongsi tentang:

1. Menu buka
2. Sembang Ramadan
3. Madah berempah Ramadan
4. Cabaran kurus Ramadan
5. Drama Ramadan dan Raya

Follow EDtv di blog, fanpage, instagram & twitter. Udada Ubabye!!



ED: InsyaAllah

Isnin, 22 Mei 2017

(Komen Anda) Episod 1 drama Ku Kirim Cinta je dah best!

Tak semua drama baharu bermula dengan episod yg best. Ada drama yg bermula dgn episod yg perlahan utk difahami. Berbeza dgn drama Ku Kirim Cinta tadi, episod 1 drama ini dipuji penonton termasuk ED.


Para pelakon Redza Rosli, Ayda Jebat & Fahad Iman.

Berikut ED kongsikan komen2 penonton drama ini di twitter EDtv.

Ulasan EDtv.




Ayda Jebat reply tweet ED tadi. Hehehe..

Kita sambung tengok esok. Udada Ubabye!!



ED: terbaik

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi