Isnin, 31 Julai 2017

(Tiara Astro Prima) Drama Syurga Yang Kedua, akan datang...

Nantikan drama terbaharu Astro, Syurga Yang Kedua. Gandingan pelakon utama dia best..

Siti Elizad, Zarul Umbrella & Fasha Sandha sebagai pelakon utama.

Drama 70 episod ini akan mengisahkan tentang hidup berpoligami. Nantikan di slot Tiara, Astro Prima. Udada Ubabye!!



ED: Zarul Umbrella, hero drama ini

Sabtu, 29 Julai 2017

(10 Gambar) Babak kahwin drama Lelaki Itu Pilihan Hatiku

Drama Lelaki Itu Pilihan Hatiku, akan datang di slot Akasia TV3. Adaptasi novel Mr. Hot Guy. Jom tengok 10 gambar babak perkahwinan Raja Afiq dan Puteri Aishah dalam drama ini.

Raja Afiq dan Puteri Aishah









Kredit gambar: ig 4jiwamenjadi1

Rasanya drama ini tayang selepas drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin. Udada Ubabye!!



ED: nantikan

(Lestary TV3) Drama Cinta Hati Batu, akan datang...

Wow, tajuknya! Drama Cinta Hati Batu, akan datang di slot Lestary TV3. Adaptasi daripada novel One Day You'll Be Mine.

Lakonan utama Ashraf Muslim & Aishah Azman

Fazren Rafi turut berlakon

Ashraf Muslim

Aishah Azman

Nantikan di TV3. Udada Ubabye!!



ED: terbitan primeworks

Jumaat, 28 Julai 2017

(Samarinda TV3) Drama Kalis Kasih, akan datang...

Lagi drama Samarinda terbaharu di TV3, Kalis Kasih.

Pelakon utama, Amar Baharin dan Mawar Rashid.

Amar Baharin & Mawar Rashid di set penggambaran

Nantikan di slot Samarinda TV3. Banyak dah drama Samarinda yg belum tayang, tak tahu mana satu tayang dulu. Ada Cinta Koko Coklat, Villa Ghazara, Dekatkan Jarak Kita & drama ini. Udada Ubabye!!



ED: nantikan

(Sembang) Musim buah longan

Panas2 macam ni sedapnya makan buah yg dapat menyejukkan tekak.

Sekarang ni musim buah longan, ED suka betul makan buah longan.

Tadi pergi pasar beli buah longan isi tebal.

Tengok ni isinya. Puas hati makan.

Alhamdulillah. Udada Ubabye!!



ED: sedapnya longan...

Rabu, 26 Julai 2017

(Kelakarama TV9) Tarikh siaran drama Ops Cinta Din Sardin

Drama komedi Ops Cinta Din Sardin mulai 12 Ogos ini di slot Kelakarama TV9.

Lakonan utama Mira Filzah dan Izzue Islam.

Sasqia & Iswan Ismail pun ada dalam drama ini.

Nantikan. Udada Ubabye!!



ED: menarik..

Selasa, 25 Julai 2017

(Iris TV3) Drama Tauke Jamu ganti Isteri-Isteri Ayah

Drama terbaharu slot Iris TV3, Tauke Jamu akan bersiaran mulai 7 Ogos ini.


Lakonan utama Saharul Ridzwan dan Reen Rahim

Drama komedi ini menggantikan drama Isteri-Isteri Ayah. Udada Ubabye!!



ED: unik tajuknya...

Isnin, 24 Julai 2017

(Sembang) PU Rizz dan Puteri Hanan, pelakon baharu drama Kelip-Kelip Kota London

Haji Zil hantar gambar ini dari London melalui whatsapp semalam.

Memperkenalkan PU Rizz & Puteri Hanan. Antara pelakon baharu yg akan membintangi drama Kelip-Kelip Kota London. PU Rizz ni bekas peserta Pencetus Ummah.

Team drama ini tengah shooting di London sekarang ni. Nantikan drama ini di slot Zehra TV3. Udada Ubabye!!

Ahad, 23 Julai 2017

(Sembang) Daler Yusuf turut berlakon dalam drama Titian Cinta TV3

Selepas drama Suami Mat Salih Celup, Daler Yusuf akan tampil dalam drama Titian Cinta di slot Akasia TV3. 

Daler Yusuf sebagai Rayyan Smith
Gambar: ig butikplanetpengantin

Daler Yusuf, Tisha & Farah Nabilah dalam drama Titian Cinta.
Gambar: ig tishashamsiralam

Nantikan lakonan Daler dlm drama Akasia pulak.


Katanya drama ini 60 episod. Wah, nantikan! Udada Ubabye!!



ED: rezeki Daler

(Gambar) Uqasha Senrose dan Fikry Ibrahim cover Majalah Nona

Wow!

Uqasha Senrose dan Fikry Ibrahim menjadi penghias kulit depan majalah Nona bulan Ogos.
Gambar: ig majalahnona

Bermula dgn drama Hero Seorang Cinderella, gandingan 2 pelakon ini menjadi perhatian. Serasi berlakon bersama kan? Udada Ubabye!!



ED: #pujam

Sabtu, 22 Julai 2017

(Akasia TV3) Drama Titian Cinta, akan datang...

Hai, drama adaptasi novel Titian Cinta, akan datang di slot Akasia TV3.

Hero dan heroin drama ini, Zul Ariffin dan Farah Nabilah. Gandingan baru ni!

Farah Nabilah

Zul Ariffin.

Nantikan! Udada Ubabye!!



ED: macam drama sedih..

Jumaat, 21 Julai 2017

(Zehra TV3) Hero dan heroin drama Kelip-Kelip Kota London

Heroin drama Kelip-Kelip Kota London telahpun diketahui.

Hero drama Kelip-Kelip Kota London ialah Hafidz Roshdi & heroin Hanna Aqeela.

Zain Saidin & Tony Yusof turut berlakon dalam drama Kelip-Kelip Kota London.
Gambar: ig zeelproduction

Sebelum ini, ramai yg dah tahu heroin drama ini cadangannya untuk Mira Filzah. Kenapa bukan Mira Filzah? Ini kerana jadual penggambaran drama yg tertunda ini bertembung dgn jadual kerja Mira yg lain. Jadi, terpaksa Mira lepaskan.


Okelah, nantikan drama cinta Islamik Kelip-Kelip Kota London di slot Zehra TV3. Udada Ubabye!!




ED: rezeki Hanna Aqeela jadi heroin drama ni

Khamis, 20 Julai 2017

(Jom Kenal) Zera Hariz sebagai Shila Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin

Antara watak yg mencuri tumpuan ED dalam drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin ialah watak Shila lakonan Zera Hariz. Suka tengok lakonannya yg boleh dikatakan natural. ED baru kenal dia melalui drama ini.

Zera Hariz 

Baru berusia 22 tahun. Sebelum ni terlibat dalam video klip Cemburu, Nabila Razali.

Walaupun bukan watak utama, tetapi lakonannya menyerlah & boleh pergi jauh dlm bidang seni. Tak mustahil, bakal heroin dia ni. Good luck Zera Hariz! Udada Ubabye!!



ED: terbaik

Rabu, 19 Julai 2017

(Sembang) Terima novel Setulus Kasih Alif percuma

Tengok ni..

ED terima novel Setulus Kasih Alif secara percuma daripada penulis novelnya, El Medina.

Ok, nanti ED baca novel ni..

Lepas ED dah habis baca, nanti ED review di blog ini. Terima kasih El Medina! Udada Ubabye!!



ED: Alhamdulillah

Selasa, 18 Julai 2017

(Sembang) Petisyen balas daripada peminat Fattah Amin tentang hero Coffee Prince

ED ada terima mesej di instagram tentang ini...

As Salam Ed, nak mintak jasa baik Ed untuk publish feedback ini 👇🏻in your blog. Jasa baik Ed amatlah kami hargai dan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. May Allah repays you with many more happiness ahead! Aamiin.

Fattah Amin
Gambar: ig nizarhafizmustafa

ED share apa yg ED terima semalam..

Kredit: ig we.5angels
Boleh cek di ig mereka tentang update petisyen tersebut.

Hebat penangan drama Coffee Prince ni. Siap ada petisyen bantahan tak nak hero ni.. Maaf, bagi pendapat ED, ini drama je pun. Untuk hiburan. Tak perlulah sampai bantah2 macam ni. Kita jaga diri & rezeki yg Allah beri pada kita. Jika ada orang Islam yang rezekinya lebih, kita tumpang gembira & berharap rezeki kita pun murah macam tu juga. 

Udada Ubabye!!



ED: saya neutral, layan je...

Isnin, 17 Julai 2017

(Megadrama Astro Ria) Drama My Darling Inspektor Daniel ganti Mencintaimu Mr. Photographer

Akan datang, 31 Julai ini di slot Megadrama Astro Ria...

Drama terbaharu, My Darling Inspektor Daniel akan menggantikan Mencintaimu Mr. Photographer.

Lakonan Siti Elizad, Aaron Aziz dan ramai lagi.

Erra Fazira pun ada.
Kredit: ig bambam_studios

Nantikan! Ramai pelakon baru dan lama yg popular dalam drama ni. Udada Ubabye!!



ED: Elizabeth Tan pun turut berlakon

(Samarinda TV3) Drama Dekatkan Jarak Kita lakonan Syafiq Kyle dan Ayda Jebat

Inilah hero & heroin drama Dekatkan Jarak Kita.

Ayda Jebat dan Syafiq Kyle.

Akan datang di slot Samarinda TV3.


Drama ini adaptasi cerpen Penulisan 2u. Nantikan! Udada Ubabye!!



ED: terbitan JS Pictures

Selasa, 11 Julai 2017

(Ulasan) Drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin best!

Baru sempat nak ulas. Drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin best. Episod pertama lagi dah best. ED suka jalan ceritanya, bercinta dgn adik, berkahwin dgn abang.

Semua pelakon berjaya melakonkan watak masing2.

Kekuatan drama ini terletak pada jalan ceritanya, lagu temanya & pelakonnya & arahan pengarahnya. Walaupun ada pelakon baharu, namun lakonan mereka tidak mengecewakan. InsyaAllah, ED akan follow drama ni. Udada Ubabye!!



ED: terbaik

(Astro) Drama Coffee Prince, akan datang...

Hari ini, Michael Ang mengumumkan senarai pelakon drama Coffee Prince, adaptasi drama popular Korea.

Hero & heroin, Fattah Amin & Janna Nick.
Kredit gambar:
 ig nizarhafizmustafa 
Ig theloftstudioasia

Turut berlakon, Diana Danielle & Hafidz Roshdi.

Drama Coffee Prince akan ditayangkan di Astro. Rasanya untuk slot Megadrama Astro Ria.

Kenapa hero Fattah Amin lagi? Michael Ang jawab, Astro yang nak. Udada Ubabye!!



ED: gandingan segar ni...

Isnin, 10 Julai 2017

(Telenovela TV3) Drama Ysabel ganti Glamorosa

Drama Filipina Ysabel ganti Glamorosa mulai hari ini di TV3. Di Filipina, tajuknya Sa Piling Ni Nanay.

Pelakon utama Yasmien Kurdi-Soldevilla, Mark Herras dan Katrina Halili.

Drama ni best, mengisahkan tentang Ysabel si ibu tumpang.

Sinopsis:

Menceritakan kisah seorang ibu tumpang dan ibu angkat Ysabel dan Scarlet.

Ysabel, ibu tunggal kepada anak perempuannya, Maymay. Dia bekerja sebagai pembantu peribadi kepada Scarlet, seorang sosialit, yang akan dimainkan oleh Katrina. Walau bagaimanapun, Scarlet tidak dapat mengandung seorang anak sehingga dia meyakinkan Ysabel untuk menjadi ibu tumpang. Ysabel bersetuju kerana dia memerlukan wang untuk rawatan pemindahan tulang sumsum Maymay.

Tetapi separuh jalan melalui kehamilan Ysabel, Maymay tanpa disangka-sangka mati akibat kemalangan. Disebabkan kemurungan dan kesepian, Ysabel memecahkan perjanjian, melarikan diri dengan bayi dan memutuskan untuk membesarkannya sendiri, memanggil Maya sebagai ingatan kepada anak perempuannya yang meninggal dunia.

Jonas,  diam-diam mempunyai perasaan untuk Ysabel. Tetapi cintanya terhadapnya berubah menjadi kebencian ketika dia mengambil anak Scarlet.

Dengan pertarungan Ysabel dan Scarlet untuk memenangi Maya, siapakah yang berjaya mendapat cinta Maya?

Saksikan di slot telenovela TV3. Udada Ubabye!!



ED: menarik

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi