Isnin, 21 Ogos 2017

(Zlurpp) Resipi kek pisang kukus

Seperti yg anda sedia maklum, petang tadi ED buat kek pisang kukus. First time buat. ED nak share resipinya.

Rupa kek pisang kukus ED. Nampak macam bingka pulak, tapi sedap! Hehehe... Maaf, terpuji diri sendiri.

Resipinya, mula2 ED lenyek 12 biji pisang harum.

Lepas tu, letak 2 cawan tepung kek Blue Key.

1 cawan gula. ED kurangkan sikit.

1 cawan minyak jagung. Harum....

2 biji telur gred A. ED letak esenvanila supaya tak berbau telur.

Kacau hingga sebati. ED guna tangan je kacau.

Masuk dalam loyang & kukus dalam 40 minit.

Jadi dah...

ED beli sudu penyukat ni di Mr. DIY. Tengah offer, RM2.90.

Resipi tengok di facebook.

Selamat mencuba. Udada Ubabye!!



ED: terajin pulak petang tadi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi