Sabtu, 9 September 2017

(Ulasan) Telemovie Siapa Dia Sebenarnya menarik!

Sesekali tengok telemovie suspen macam ni barulah best! Cerekarama Siapa Dia Sebenarnya menarik jalan ceritanya sebab buat penonton nak tahu siapa yang jahat, siapa yang baik?

Lakonan mantap Izara Aishah (Ariana) & Remy Ishak (Qalif) memang menghidupkan jalan ceritanya. Sweet juga lakonan diorang.

Nina Iskandar. Oh, rupanya dia isteri Qalif yg tidak berjaya dibunuh Qalif.

Cerita ini mengisahkan Ariana (Izara Aishah) seorang penulis novel, pelajar phd yg menyiasat 1 kes pembunuhan utk novelnya. Selepas itu, dia berkahwin dgn bos syarikat novel Qalif (Remy Ishak). Kehadiran perempuan muka berparut (Nina Iskandar) membuatkan Ariana bersangka buruk terhadap suaminya.


Rupanya Qalif jahat. Dia pembunuh bersiri isteri2nya.

Keseluruhannya, telemovie ni menarik ditambah dgn lakonan mantap para pelakon. Paling best, tengok ending waktu Qalif nak bunuh Ariana. Sangat mendebarkan! Udada Ubabye!!



ED: terbaik!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi