Isnin, 18 September 2017

(Zlurpp) Resipi kuetiau goreng makan sekali nak tambah lagi

Betullah, masakan campak2 ni lebih sedap rasanya. Tadi ED masak kuetiau goreng, makan sekali nak tambah lagi. Sedap wei!! (Maaf, angkat bakul sendiri). Hehehe ..

Kuetiau goreng ala EDtv.

ED nak share resipi.

2kg kuetiau

Kisar
4 biji bawang putih
Halia sebesar ibu jari
Lada kering 10 biji

Panaskan minyak. Tumis bahan kisar. Letak 1 kiub ayam.

Masukkan sos tiram, sos tomato & minyak bijan secukupnya.

Masukkan kicap & potongan ayam. 

Masukkan 1 cawan air. Masukkan 3 biji telur. Letak garam & serbuk perasa.

Masukkan kuetiau, daun kucai & tauge.

Siap! Boleh makan dgn lada jeruk. Terangkat beb!

ED makan tadi, tambah 3 kali. Adik ED tambah 2 kali. Mak ED tambah 1 kali. Nampak tak sedapnya? Hehehe... Udada Ubabye!!



ED: sedapnya makan time sejuk2 macam ni

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi