Selasa, 31 Oktober 2017

(Sembang) Zul Ariffin ucap terima kasih di insta story

Tak sangka di insta story Zul Ariffin semalam tentang ni...

Zul Ariffin ucap terima kasih kpd EDtv kerana support drama Titian Cinta. Sama2 Zul Ariffin.

Terima kasih kpd rakan ED yg beritahu info ni. Dia pulak yg rasa nak pengsan. Hehehe..
ED jarang buka insta story ni..

ED update blog tentang Zul Ariffin semalam bukan untuk balasan apa2, cuma menyatakan di blog, apa yg ED rasa. Terima kasih kpd Zul Ariffin & semua pembaca kerana membaca apa yg ED tulis. Udada Ubabye!!



ED: gembira

Isnin, 30 Oktober 2017

(Ulasan) Ending Titian Cinta memuaskan!

Persoalan terungkai! Terjawab sudah sebab Rayyan beriya2 mahu menghancurkan kebahagiaan Haris dan Aisy dari awal episod. Bapa Haris punca Rayyan berdendam. Haris dah tahu Rayyan dan dia adalah adik beradik. 

Sofea pula dipenjarakan. Daniel insaf. Mak & nenek Haris pun insaf sebab mereka juga punca bapa Haris tinggalkan mak Rayyan. Dan akhirnya...

Haris dan Aisy happy ending!

Cantik sangat scene ni! Suka tengok pemandangannya.

Video

Ending hari ini, kesian pulak tengok masa lalu Rayyan Hakim. Hidup dalam dendam. Dia tak mati, dia dipenjarakan juga.
Gambar: ig kapalterbangkertas07

Menarik keseluruhan jalan cerita drama ini. Ending memuaskan & tak tergantung. Tahniah kpd team drama ini! Udada Ubabye!!



ED: terbaik

(Sembang) Zul Ariffin pelakon lelaki menyerlah 2017

Pada pendapat ED, ED rasa pelakon lelaki paling menyerlah pada tahun 2017 ialah Zul Ariffin. Drama Titian Cinta dan filem Tombiruo lakonannya mencatatkan nilai jutaan. Drama Titian Cinta catat 10 juta tontonan manakala filem Tombiruo mencatat kutipan jutaan ringgit dalam masa beberapa hari tayangan.

Zul Ariffin dalam majalah Maskulin edisi November 17.

Kredit: ig maskulinmag

Dalam drama Titian Cinta, lakonan beliau disukai kerana berjaya membawakan watak Haris dgn berkesan (semulajadi). Tahniah untuk Zul Ariffin atas kejayaan bidang lakonan yg diceburi. Selamat maju jaya! Udada Ubabye!!



ED: pelakon kurang kontroversi juga

Ahad, 29 Oktober 2017

(Tahniah) Drama Titian Cinta capai 10 juta tontonan!

Tahniah! ED antara penonton drama ini.
Drama Titian Cinta capai 10 juta tontonan semasa siaran di televisyen.

ED nak cadangkan, tolong tukar siaran slot Akasia. Bukan waktu Maghrib sebab kalau drama Akasia rating tinggi, takde la isu tentang solat Maghrib ni.. Udada Ubabye!!



ED: terbaik!

Sabtu, 28 Oktober 2017

(Sembang) Channel Drama Sangat, CJ WOW Shop dan TV3 HD

Semalam, ED refresh channel tv hd ED sebab susunan siaran tv sebelum ini dah lari. Biasanya kalau macam tu, kena auto search balik siaran tv ni.

Sekali betul! Ada 3 channel baru Media Prima.

Ada channel Drama Sangat.

Channel CJ WOW Shop 24 jam.

Dan channel TV3 HD.

Yang guna set top box macam ED, cuba auto search balik tv anda. Udada Ubabye!!



ED: wow!

(Sembang) ED guna Set Top Box untuk siaran TV HD

TV di bilik ED, ED guna Set Top Box ni untuk dapatkan siaran tv HD. Fungsi dia sama macam MyTV yang kerajaan bagi percuma kpd orang2 tertentu.

ED beli ni di Lazada. Harganya dalam RM60 gitu (waktu promosi).

Beginilah rupanya. Set Top Box ni kena sambung dgn arial luar untuk dapatkan siaran.

Satu lagi, kena ada kabel HDMI ni untuk sambungkan tv led dengan set top box ni.

Pasangkan semua wayar, arial & kabel pada box hdtv ni..

Kemudian, cari channel yang terdapat di sekeliling kita.

Contoh siaran digital TV3. Ada tulisan siaran digital myfreeview. 

Di Johor Bahru, dapatlah channel2 Singapura seperti di atas.

Jangan risau, set top box bukan curi channel tau! Fungsi dia sama je macam guna arial biasa tanpa perlu internet atau bayaran bulan2. Bila pakai ni, siaran indonesia pun dah tak dapat. Takpe la...Udada Ubabye!!



ED: cubalah!

Khamis, 26 Oktober 2017

(Ulasan) Episod separuh akhir drama Titian Cinta

Hari ini drama Titian Cinta episod 27 (separuh akhir). Banyak persoalan terungkai dalam episod hari ini.

Segala yg terjadi kepada Aisy disebabkan dendam Ryan kpd keluarga Haris.

Ryan balas dendam kerana dia dan ibunya hidup menderita disebabkan perbuatan mak & nenek Haris.

Ryan mahu membalas dendam kpd semua ahli keluarga Haris.

Isnin depan episod akhir drama ini. Selamat menonton! Udada Ubabye!!


ED: Sofea tak jahat sangat rupanya...

Rabu, 25 Oktober 2017

(Widuri TV1) Redza Rosli dan Elvina pelakon utama drama Isteri Untuk Diiktiraf

Inilah pelakon utama drama adaptasi novel Isteri Untuk Diiktiraf.

Redza Rosli hero & Elvina heroin drama ini.

Nantikan di slot Widuri TV1 pada bulan Ramadan tahun 2018. Udada Ubabye!!



ED: terbitan JS Pictures

Selasa, 24 Oktober 2017

(Ulasan) Semakin ke penghujung, semakin menarik drama Titian Cinta

Drama Titian Cinta bakal melabuhkan tirainya pada Isnin depan. Semakin nak habis, semakin menarik jalan ceritanya.

Keputusan DNA anak dalam kandungan Aisy ialah anak Aisy & Haris.

Suka tengok Farah Nabilah buat muka kesian macam ni...

Bila la Sofea dgn mak Haris nak dapat balasan kan? Udada Ubabye!!



ED: drama favourite ni..

(Sembang) Drama Red Velvet mendapat sambutan hangat

Episod 1 drama Red Velvet mendapat sambutan hangat penonton semalam. Drama yang ditunggu2 sebelum ini, akhirnya tayang & memuaskan hati ramai penonton.

Neelofa & Alif Satar mencuri tumpuan peminat masing2.

Drama Red Velvet trending nombor 1 di twitter. Bukan itu sahaja, #izzathelena #sesungguhnyaaku juga trending!

Wow! Terbaik team drama Red Velvet! Tahniah! Udada Ubabye!!



ED: selamat menonton

(Sembang) Senarai lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 32

Tahniah kepada 30 lagu yg tersenarai dalam Separuh Akhir Muzik Muzik 32.

Para semi finalis.

Persembahan Muzik-Muzik 32 Separuh Akhir (Minggu Pertama)

30/10/17

1. Mata - Ayda Jebat

2. Amboi - Altimet

3. Akhirnya Cinta – Salma

4. Sejati - Faizal Tahir (Azmi dan caliph Busker)

5. Segalanya - Haqiem Rusli

6. Aku Yang Sebenarnya - Hazama dan Penglipurlara

7. Di Sana Cinta Di Sini Rindu - Tajul dan Wany Hasrita

8. Aisyah - Projector Band

9. Bukan Propaganda – Syamsul Yusof dan Mawi

10. Bayang - Khai Bahar

Persembahan Muzik-Muzik 32 Separuh Akhir (Minggu Kedua)

5/11/7

1. Rempuh - Tomok dan Black

2. Jangan Menangis - Aizat Amdan

3. Warkah Untuk Mu - Ara Johari

4. Zalikha - Floor 88

5. Jangan Pernah Berdusta - Drama Band dan Haiza

6. Aku Sanggup - Sufi Rashid

7. Terus Mencintai - Siti Nordiana

8. Separuh Mati Ku Bercinta - Dayang Nurfaizah

9. Permata Cinta - Aiman Tino

10. Harus Aku - Sufian Suhaimi


Persembahan Muzik-Muzik 31 Separuh Akhir (Minggu ketiga)

12/11/17

1. Aku Cinta - Syamel dan Ernie Zakri.

2. Menahan Rindu - Wany Hasrita.

3. Menanti Janji - Ronnie Hussin.

4. Lagu Untuk Laila – Akim & The Majistret.

5. Sedalam - Dalam Rindu – Tajul.

6. Sabar - Ismail Izzani.

7. Lebih Sempurna - Syamel.

8. Tergantung Sepi - Haqiem Rusli.

9. Berakhirlah Sudah - Atmosfera.

10. Jampi - Hael Husaini


 
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/10/24/muzik-muzik-separuh-akhir/#uRpeh6KZQej6LSKF.99

Udada Ubabye!!



ED: pukul 10 malam

Isnin, 23 Oktober 2017

(Sembang) Drama Lelaki Kiriman Tuhan, akan datang Ramadan 2018

Dramanovela Lelaki Kiriman Tuhan, akan datang pada Ramadan tahun depan.

Adaptasi novel Lelaki Kiriman Tuhan.

Tayang TV mana? ED rahsiakan dulu. Nantikan update seterusnya. Udada Ubabye!!



ED: nantikan!

(Sembang) Drama Isteri Untuk Diiktiraf, akan datang Ramadan 2018

Dramanovela Isteri Untuk Diiktiraf akan datang pada Ramadan tahun depan.

Adaptasi novel Isteri Untuk Diiktiraf.

Nantikan update seterusnya. Udada Ubabye!!



ED: suka tak?

Sabtu, 21 Oktober 2017

(Megadrama Astro Ria) Tarikh siaran drama Coffee Prince Malaysia

Siapa yg tak sabar nak tengok drama Coffee Prince versi Malaysia? Berikut dijangka tarikh siarannya.

Drama Coffee Prince lakonan utama Fattah Amin & Janna Nick mulai 27 November ini.

Nantikan di slot Megadrama Astro Ria! Udada Ubabye!!



ED: macam best!

Jumaat, 20 Oktober 2017

(Sembang) Episod akhir drama Awak Suka Saya Tak disukai ramai

Episod akhir drama Awak Suka Saya Tak malam tadi menuai kesukaan penonton. Ramai yang puas hati tengok keseluruhan drama ini. Dari kanak2 sampai orang dewasa update tak sabar tengok ending drama ni di media sosial. Drama ini juga trending di Twitter sehingga pagi ini. Wow!

Menariknya lagi, pelakon utama drama ini saling berkongsi gambar2 mesra watak mereka di instagram seperti kesinambungan episod akhir drama ini.

ED share balik gambar2 mereka!

Emma Maembong & Alvin Chong.

Lakonan mereka menjadi!



Gambar drpd Emma Maembong. Cun je..

Gambar drpd Alvin Chong. Hehehe..



Malam pertama Hilman & Intan. Hehehe..

Trending di Twitter.

Tahniah kpd semua team drama Awak Suka Saya Tak termasuk penulis novelnya, Melur Jelita. Udada Ubabye!!



ED: terbaik

Khamis, 19 Oktober 2017

(Ulasan) 10 yang menarik tentang novel Setulus Kasih Alif

Pertama kali dapat novel ini, ED fikir ni mesti novel cinta-cintun ni sebab tajuknya macam jiwang. Sekali dah baca, persepsi awal ED silap! Semalam, ED selesai baca novel Setulus Kasih Alif. 

Hari ini, ED nak ulas dalam bentuk point2 tentang 10 yg menarik novel ini. 

Novel Setulus Kasih Alif karya El Medina. Terima kasih El Medina atas pemberian ini.

10 yang menarik tentang novel Setulus Kasih Alif:

1. Novel ini bukan sekadar novel cinta dua orang manusia tetapi cinta kepada Allah, keluarga, rakan2, masyarakat & orang susah. Besar skop penceritaan yg diketengahkan oleh penulis.

2. Banyak pendidikan agama yg terdapat dalam novel ini. Sambil membaca, sambil dapat ilmu agama. Tak rugi baca novel ni...

3. ED suka watak Daniel Alif dalam novel ni. Bila baca, dalam hati berkata, "baik betullah Alif ni...." . Banyak nilai murni yg boleh dicontohi daripada watak Daniel Alif.

4. Bila baca novel ni juga, kita rasa macam ada dalam keluarga Daniel Alif. Kita dapat rasa gembira & duka keluarga Alif apabila membaca novel ini. ED hafal tau adik beradik Alif, ada Amar, Syahid, Zara & Aisyah. 

5. Novel ni keseluruhannya positif tetapi ada juga beberapa orang watak hitam seperti orang yang lukakan tangan Alif & melanggar Alif (tak sengaja). Nak tahu, kena baca sendiri.

6. Safiya Medina, watak ini ada jalan ceritanya tersendiri. ED ingat lagi bahagian Safiya Medina ingin diperkosa & ada lelaki lain mahu melamar Safiya padahal Safiya hanya cintakan Alif. Suspen baca bahagian yg ni..

7. Jalan cerita novel ini bermain dgn emosi pembaca. ED ingat lagi semalam, ED terkesan bila baca bahagian Alif nazak. Sedih wei!

8. Dari awal sampai nak ke penghujung novel, pembaca mesti tertanya2, adakah Alif dapat hidup lama sebab dia sakit yang tak memungkinkan dia hidup lama. Nak tahu, kena baca sendiri.

9. Novel ini bukan novel tangkap muat, banyak ilmu yang dapat kita pelajari seperti ilmu kesihatan & istilah kosa kata Bahasa Melayu.

10. Tahniah penulis kerana penulisan yang matang, ada kajian & bermanfaat untuk pembaca.

ED share sinopsis di belakang kulit novel.

Itu je yg ED boleh kongsi. Selebihnya korang kena beli & baca sendiri. Tak rugi beli sebab novel ni berilmu. Kita boleh sedut ilmu2 tu. Akhir kata, selamat maju jaya utk El Medina & novel ini best! Udada Ubabye!!



ED: ulasan jujur dari hati..

(Megadrama Astro Ria) Tarikh siaran drama Lafazkan Kalimah Cintamu

Drama terhebat di Astro Ria pembuka tirai 2018..

Drama Lafazkan Kalimah Cintamu dijangka tayang mulai 15 Januari 2018. Farid Kamil & Nelydia Senrose selaku pelakon utama.

Nelydia Senrose

Farid Kamil.

Info ini daripada instagram Siti Rosmizah Semail, penulis novel ini. Nantikan di slot Megadrama Astro Ria. Udada Ubabye!!



ED: dijangka fenomena!

Rabu, 18 Oktober 2017

(Akasia TV3) Tarikh siaran drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku adaptasi novel Mr. Hot Guy akan tayang mulai 31 Oktober nanti.

Puteri Aishah dan Raja Afiq pelakon utama drama ini.

Nantikan di slot Akasia TV3. Udada Ubabye!!



ED: panjang tajuk...

Selasa, 17 Oktober 2017

(Samarinda TV3) Tarikh siaran drama Dekatkan Jarak Kita

Iklan drama ini kerap keluar di TV3, tetapi mengikut instagram Jinggo JS Pictures, tarikh siarannya lama lagi.

Berikut tarikh siaran drama adaptasi cerpen, Dekatkan Jarak Kita...

Drama Dekatkan Jarak Kita mulai 21 November ini. Lakonan utama Syafiq Kyle dan Ayda Jebat.

Ayda Jebat

Syafiq Kyle.

Montaj drama ini.
Kredit: ig jinggo_jspictures

Nantikan di slot Samarinda TV3. Udada Ubabye!!



ED: macam best...

Blogger

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Blog Hiburan dan Peribadi